awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agong berkenan terima menghadap Menteri Agama
Suspek tikam ibu hingga mati direman tujuh hari
Shila Amzah rai 25 tahun perjalanan seni di pentas prestij DFP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lebih 8,000 hektar musnah akibat kebakaran hutan di Arizona

Bernama
Bernama
20/05/2025
13:39 MYT
Lebih 8,000 hektar musnah akibat kebakaran hutan di Arizona
Lebih 700 anggota dikerahkan untuk memadamkan kebakaran dan sebanyak 38 peratus kawasan yang terjejas kini berjaya dikawal. - Sinar Harian
ANKARA/ISTANBUL: Kebakaran hutan yang berlarutan sejak Selasa lalu di Arizona, Amerika Syarikat memusnahkan 8,265 hektar, manakala pihak berkuasa mengeluarkan amaran "Bendera Merah" ekoran keadaan kering dan kelembapan yang rendah di kawasan itu, lapor Anadolu Ajansi.
Lebih 700 anggota dikerahkan untuk memadamkan kebakaran dan sebanyak 38 peratus kawasan yang terjejas kini berjaya dikawal, menurut kenyataan Jabatan Perhutanan dan Pengurusan Kebakaran Arizona yang dimuat naik di platform X pada Isnin.
Menurut kenyataan itu, ratusan anggota bomba sedang bertungkus-lumus memadamkan kebakaran yang dimarakkan oleh angin dan sedang memusnahkan tumbuh-tumbuhan semula jadi seperti rumput, belukar dan pokok.
Kebakaran hutan yang bermula pada 13 Mei di kawasan Greer di bahagian timur negeri itu memusnahkan kawasan seluas 8,265 hektar.
Gabenor Arizona Katie Hobbs mengisytiharkan darurat pada 17 Mei selepas melawat kawasan kebakaran, sekali gus membolehkan dana negeri berjumlah AS$200,000 digunakan bagi menyokong usaha pemadaman kebakaran, menurut laporan USA Today.
Hobbs menulis di X: "Terima kasih kepada setiap anggota bomba, penyelamat kecemasan dan pegawai tempatan yang bekerja tanpa henti untuk melindungi nyawa, kediaman dan seluruh komuniti. Arizona menghargai anda dan kami akan terus bersama anda sepanjang tempoh pemulihan ini."
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kebakaran hutan
#Arizona
#greer
#darurat
#pemadaman kebakaran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan