DUNIA
Lebih 8,500 penerbangan di AS alami kelewatan akibat ribut salji
Papan maklumat menunjukkan penerbangan yang dibatalkan atau yang dijangka kelewatan, di Lapangan Terbang Antarabangsa O'Hare di Chicago, 30 Nov 2025. (AP)
WASHINGTON: Lebih 8,500 penerbangan mengalami kelewatan dan ratusan lagi dibatalkan akibat ribut salji yang menjejaskan Colorado dan barat laut Amerika Syarikat (AS), menurut data FlightAware, lapor Sputnik/RIA Novosti.
Menurut laporan media AS sebelum ini, amaran ribut salji telah dikeluarkan bagi barat laut negara itu pada Sabtu. Susulan itu, lebih 1,400 penerbangan domestik dan antarabangsa di seluruh negara dibatalkan.
Menurut data penjejakan penerbangan masa nyata, jumlah keseluruhan penerbangan yang mengalami kelewatan di dalam, memasuki dan meninggalkan negara itu hari ini mencecah 8,558, dengan 686 penerbangan dibatalkan di Amerika Syarikat daripada 1,072 pembatalan di seluruh dunia.
Lapangan Terbang Antarabangsa O'Hare (ORD) di barat laut Chicago, Illinois, menghadapi gangguan paling ketara, dengan 121 penerbangan telah dibatalkan, menurut perkhidmatan itu.
-- BERNAMA