Lebih 99 maut akibat banjir, tanah runtuh di Nepal

Astro Awani
Oktober 21, 2021 21:25 MYT
Penduduk di Dipayal Silgadhi terpaksa berpindah selepas kejadian banjir buruk dan tanah runtuh melanda Nepal. - Foto AP
KACHANPUR: Pihak berkuasa Nepal sehingga kini mengesahkan sekurang-kurangnya 99 terbunuh dalam kejadian banjir di negara itu.
Hujan lebat yang berterusan menyebabkan banjir buruk selain kejadian tanah runtuh.
Ketika ini juga, pihak berkuasa sedang giat mengesan sekurang-kurangnya 40 mangsa yang dilaporkan hilang.
Ini turut menyumbang kepada jangkaan pertambahan angka korban daripada bencana itu.
Rata-rata kematian yang dilaporkan melibatkan wilayah timur dan barat.
Mangsa yang cedera telahpun dihantar ke hospital.
Jabatan Kaji Cuaca Nepal menjangkakan hujan secara sederhana berlaku pada Khamis dan berharap ianya berhenti dalam tempoh terdekat.
#banjir #tanah runtuh #Nepal #misi pencarian