awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesej Krismas Raja Charles: Tekankan perpaduan dalam kepelbagaian komuniti
Turkiye tahan 115 suspek Daish rancang serangan tahun baharu
Jangan lihat kuasa pengampunan Agong daripada kaca mata politik, kehendak massa semata-mata - Pakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lebih banyak ikan jerung, pari diancam kepupusan

Astro Awani
Astro Awani
05/09/2021
00:24 MYT
Lebih banyak ikan jerung, pari diancam kepupusan
Penangkapan ikan berlebihan, kehilangan habitat dan perubahan iklim dilihat faktor penyumbang kepada perkembangan tersebut.
MARSEILLE: Data terbaharu dalam senarai merah mendedahkan, populasi ikan jerung dan pari menurun sejak tahun 2014 dan kini diancam kepupusan.
Data berkenaan disemak semula Kesatuan Antarabangsa untuk Pemuliharaan Alam Sekitar (IUCN) pada Sabtu.
37 peratus ikan jerung dan pari dianggap berada dalam keadaan bahaya pada tahun 2021 dan parasnya meningkat daripada 33 peratus sejak tujuh tahun lalu.
Penangkapan ikan berlebihan, kehilangan habitat dan perubahan iklim dilihat faktor penyumbang kepada perkembangan tersebut.
Bagaimanapun, Ketua Pengarah IUCN, Bruno Oberle menegaskan aliran peningkatan itu boleh ditangani dan penilaian tahun ini membawa sedikit harapan.
Berdasarkan siaran akhbar diterbitkan di Kongres Pemuliharaan Dunia IUCN di marseille, kuota penangkapan ikan membolehkan beberapa spesis tuna menuju ke arah pemulihan.
IUCN mengeluarkan senarai merah spesies terancam setiap tahun iaitu sebanyak 600 bagi haiwan pada tahun 2021.
Sebanyak 4,000 lagi juga ditambah ke dalam senarai merah itu termasuk pokok dan kulat menjadikan jumlah spesis yang dikesan sebanyak 138,374.
Sebanyak 38,543 spesis flora dan fauna diancam kepupusan di seluruh dunia.
Topic Berkaitan
#jerung
#ikan pari
#pupus
#perubahan iklim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan