awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lebih ramai warga Singapura manfaat program latihan SSG

Astro Awani
Astro Awani
09/04/2025
06:31 MYT
Lebih ramai warga Singapura manfaat program latihan SSG
Lebih ramai warganegara Singapura kini mengambil kursus yang direka untuk tujuan pekerjaan. - Reuters/Edgar Su
KUALA LUMPUR: Ramai warganegara Singapura berumur 40 tahun ke atas telah memanfaatkan tambahan kredit SG$4,000 (RM13,328) yang diperuntukan kerajaan menerusi skim latihan SkillsFuture Singaore (SSG) pada Mei 2024.
Menerusi skim itu, warganegara Singapura yang lebih muda akan menerima jumlah yang sama apabila mereka mencapai usia 40 tahun, yang mana lebih 7,000 kursus layak menggunakan kredit tersebut.
SSG dalam satu kenyataan pada Rabu memaklumkan lebih ramai warganegara Singapura kini mengambil kursus yang direka untuk tujuan pekerjaan.
Sebagai contoh, kredit kerjaya ini boleh digunakan untuk mengikuti kursus termasuk kelayakan penuh dari institusi pengajian tinggi, Program Peralihan Kerjaya SkillsFuture atau kursus yang disediakan untuk memenuhi keperluan kemajuan di bawah Model Gaji Progresif.
Dalam pada itu, hampir 112,000 warganegara Singapura mengikuti kursus seperti ini pada tahun 2024 sekali gus mencatatkan peningkatan sekitar 20 peratus berbanding tahun 2023.
Daripada mereka yang mengambil bahagian dalam 239 program yang tersedia pada tahun lalu, 54 peratus berjaya mendapat pekerjaan dalam tempoh enam bulan selepas menamatkan kursus.
Sementara itu, SSG juga dalam usaha menamatkan kursus tidak berprestasi atau semakin kurang relevan dari masa ke masa.
Topic Berkaitan
#Singapura
#SSG
#Program Peralihan Kerjaya SkillsFuture
#Model Gaji Progresif
#Skim SkillsFuture Singapura
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan