awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
BAP perkukuh akses pendidikan, bukti keprihatinan Kerajaan MADANI
Amaran Donald Trump: AS akan campur tangan jika Iran bunuh penunjuk perasaan
AkhiRI: Set pengurusan jenazah Yayasan Rizalman Ibrahim galak kesedaran persediaan akhir hayat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lebih sejuta visa umrah dikeluarkan kerajaan Arab Saudi setakat ini

Bernama
Bernama
08/04/2022
03:30 MYT
Lebih sejuta visa umrah dikeluarkan kerajaan Arab Saudi setakat ini
Bulan lepas, Arab Saudi mengumumkan pemansuhan semua sekatan COVID-19, termasuk kuarantin wajib. - Foto fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan 1,045,898 visa umrah dan seramai 895,499 jemaah tiba di negara itu setakat ini sejak musim ibadah umrah 1443H dibuka semula pada Ogos 2021.
Angka itu berdasarkan ketibaan jemaah yang direkodkan di kesemua pintu masuk utama Arab Saudi, lapor Agensi Berita Saudi (SPA).
Daripada jumlah itu, sebanyak 822,736 ketibaan dan 648,858 berlepas melibatkan jemaah menggunakan laluan udara, manakala 72,687 ketibaan dan 50,548 berlepas adalah jemaah laluan darat, katanya.
"Hanya 148 pergerakan jemaah direkodkan menerusi laluan laut, masing-masing 76 ketibaan dan 72 berlepas," katanya merujuk statistik setakat 7 April 2022 disediakan Agensi Haji dan Umrah bagi Hal Ehwal Ziarah di Madinah.
Mengenai aplikasi 'Eatmarna', data itu menyatakan sebanyak 2,534,396 permit ziarah Raudhah telah dikeluarkan melibatkan 611,625 jemaah tempatan, 935,661 jemaah antarabangsa dan 987,110 pengunjung.
Bulan lepas, Arab Saudi mengumumkan pemansuhan semua sekatan COVID-19, termasuk kuarantin wajib, penyerahan sijil vaksinasi COVID-19 dan ujian PCR, sebelum atau semasa ketibaan di negara itu.
Langkah itu diambil susulan penurunan kes dan kadar vaksinasi mencapai 99 peratus untuk semua penduduk berumur 12 tahun ke atas.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Visa
#umrah
#Arab Saudi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan