awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Laungan ‘Bebas Bosku’ bergema di Kompleks Mahkamah
Ringgit teruskan aliran mengukuh, cecah lagi paras tertinggi dalam lima tahun
Seorang rentung, lebih 30 rumah setinggan terbakar di Tatau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Legenda pecut Asia Tenggara Lydia de Vega meninggal dunia

Astro Awani
Astro Awani
11/08/2022
04:20 MYT
Legenda pecut Asia Tenggara Lydia de Vega meninggal dunia
Ratu pecut Asia Tenggara, Lydia de Vega meninggal dunia selepas empat tahun bertarung dengan kanser payudara. - Foto Agensi
MANILA: Ratu pecut Asia Tenggara, Lydia de Vega dilapor meninggal dunia selepas empat tahun bertarung dengan kanser payudara.
Memetik laporan media antarabangsa, jaguh pecut Filipina itu, yang lebih dikenali sebagai Diay, menghembuskan nafas terakhir pada Rabu, pada usia 57 tahun.
Berita pemergian de Vega turut disahkan oleh anak perempuannya, Stephanie de Koenigswarter dalam hantaran di laman Twitter malam tadi.
"Dia bertarung dengan hebat dan kini bersemadi dengan aman," katanya memetik laporan media.
Mendiang de Vega memenangi 15 pingat emas sepanjang kariernya termasuk sembilan di Sukan SEA.
Beliau melakar nama sebagai atlet hebat di Filipina ketika berusia 18 tahun, dan memenangi pingat emas dalam acara 200 meter dan 400 meter pada Sukan SEA Manila 1981.
Selain itu, beliau juga merupakan pemegang rekod acara 100 meter Sukan SEA 1987 dengan catatan 11.28 saat.
Mendiang de Vega bersara pada 1994 dan bekerja dengan Suruhanjaya Sukan Filipina sebelum menjadi jurulatih olahraga Singapura selama 10 tahun.
Beliau dilahirkan pada 12 Disember 1964 di bandar Meycauayan yang terletak di utara ibu kota Manila.
Topic Berkaitan
#Lydia de Vega meninggal dunia
#Wanita paling laju di Asia
#Ratu pecut Asia Tenggara
#Ratu pecut Filipina meninggal dunia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan