Legenda tinju Muhammad Ali 'belasah' Donald Trump

Nizam Bakeri
Disember 10, 2015 11:36 MYT
Muhammad Ali tampil sebagai figura awam terbaharu mengkritik cadangan Donald Trump untuk mengharamkan umat Islam memasuki Amerika Syarikat.
Muhammad Ali tampil sebagai figura awam terbaharu mengkritik cadangan Donald Trump untuk mengharamkan umat Islam memasuki Amerika Syarikat.
Mantan juara tinju heavyweight dunia itu mengeluarkan kenyataan yang menyeru umat Islam agar menolak sesiapa sahaja yang menggunakan Islam untuk agenda peribadi.
Beliau menegaskan bahawa kenyataan tersebut tidak ditujukan kepada Trump semata-mata malah kepada semua calon presiden yang mencadangkan pengharaman kemasukan umat Islam ke Amerika Syarikat.

A statement from Muhammad Ali: pic.twitter.com/PO3hZrP7js

— Adam Hoge (@AdamHoge) December 9, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan Selasa lalu, Trump mendakwa kajian yang dilakukan oleh Pusat Dasar Keselamatan menunjukkan 25 peratus umat Islam bersetuju bahawa keganasan ke atas rakyat Amerika di negara itu munasabah atas alasan menyokong gerakan jihad global.
Ali walau bagaimanapun menyatakan umat Islam sebenar tahu bahawa keganasan ISIS “bertentangan sama sekali dengan prinsip-prinsip asas agama kita.”
“Saya percaya para pemimpin politik kita seharusnya menggunakan kedudukan mereka untuk membawa pemahaman tentang Islam dan menjelaskan tentang para pembunuh yang tersesat ini sebenarnya telah menyongsangkan pandangan umum terhadap Islam yang sebenar,” ujar beliau.

#TBT With my friend Muhammad Ali

Posted by Donald J. Trump on
Trump membuat kenyataan kontroversi tersebut hanya beberapa bulan selepas menyifatkan Ali sebagai “rakan” dalam kiriman Facebook beliau Mei lalu, dengan menyertakan gambar Ali menyampaikan Muhammad Ali Award kepada beliau bagi kategori keusahawanan.
#Amerika Syarikat #Donald Trump #Muhammad Ali