Seorang lelaki Afrika berusia 71 tahun membuat keputusan tinggal di sebuah rumah terpencil yang dikelilingi pagar setinggi 4.5 meter lebih setengah abad, gara-gara takut dengan golongan wanita, lapor Oddity Central.
Ketika berumur 16 tahun, Callitxe Nzamwita memutuskan bahawa ketakutan terhadap wanita tidak boleh dibendung lagi.
Justeru, dia membina sebuah pagar kayu di keliling rumahnya dan tidak keluar dari kediamannya sejak dari itu.
Walaupun bertindak menjauhi diri daripada golongan itu, penduduk tempatan sentiasa menjaganya dan memberi makanan serta pakaian menerusi halaman pagar yang berkunci.
Walaupun Nzamwita tidak pernah membuka pintu untuk orang ramai datang membantunya, dia menggunakan semua apa yang diberikan kepadanya.
"Peliknya, walaupun dia takut wanita, kamilah yang membantunya mendapatkan makanan dan beberapa perkara diperlukannya," kata jirannya.
Apabila anda cuba membantunya, dia tidak membenarkan kami mendekatinya atau bercakap dengannya.
Sebaliknya kami memberitahu sesuatu dan kemudian mencampakkan barangan ke dalam kawasan rumahnya.
Walaupun tidak pernah didianogsis, Nzamwita dipercayai mempunyai penyakit gynophobia iaitu keadaan jarang berlaku dan terlampau takut kepada wanita. - Sinar Harian memetik agensi
Sinar Harian
Sat Oct 21 2023

Callitxe Nzamwita membina pagar kayu di keliling rumahnya dan tidak keluar dari kediamannya sejak berusia belasan tahun. - Gambar/ Sinar Harian/ Agensi
Pantau Agenda Reformasi: Rencah Pemilihan PKR 2025
Adakah Pemilihan PKR 2025 ini akan membuka ruang kepada kemunculan tokoh pelapis baru, atau kita bakal melihat kesinambungan dominasi kelompok lama yang yang memperjuangkan idealisme reformasi?
Jenazah anggota FRU akan diberi penghormatan terakhir sebelum dihantar pulang ke kampung halaman
Jenazah sembilan anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) yang terkorban dalam nahas jalan raya di Jalan Chikus - Sungai Lampan, pada pagi Selasa, akan diberi penghormatan terakhir sebelum dihantar pulang ke kampung halaman masing-masing.

'Gerak ke Teluk Intan', video momen terakhir anggota FRU sebelum nahas undang sebak
Sebuah video yang dimuat naik salah seorang anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) Unit 5 merakam suasana dalam kenderaan PDRM itu mengundang rasa sayu netizen.

Sembilan lagi anggota FRU dirawat di hospital, lima cedera parah
Azmi berkata, anggota FRU terlibat telah berkhidmat dengan penuh dedikasi dan komitmen dalam menjaga keamanan serta keselamatan negara.

Penghormatan terakhir untuk sembilan anggota FRU sebelum dihantar ke kampung halaman
Jenazah sembilan anggota FRU akan diberi penghormatan terakhir sebelum dihantar pulang ke kampung masing-masing.

Anggota FRU maut kemalangan: Bedah siasat sembilan mayat dijangka selesai 8 malam ini - Polis
Proses bedah siasat sembilan mayat anggota FRU yang maut dalam kemalangan ngeri dengan sebuah lori muatan batu di Jalan Chikus-Sungai Lampam di sini pagi tadi dijangka selesai 8 malam ini.

Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan takziah kepada keluarga mangsa nahas FRU
Seri Paduka Baginda berdua menzahirkan rasa sedih dan mendoakan mereka yang kehilangan ahli keluarga dalam tragedi itu dikurniakan kekuatan, ketabahan serta dipermudah urusan.
Menyalurkan 50% daripada kutipan saman AWAS kepada Kementerian Pengangkutan - Loke
Menteri Pengangkutan berkata jawatankuasa kabinet bersetuju untuk menyalurkan 50% daripada kutipan saman Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AWAS) kepada Kementerian Pengangkutan. Dana ini akan digunakan untuk melaksanakan inisiatif keselamatan jalan raya, termasuk pemasangan lampu jalan LED solar di kawasan-kawasan yang dikenal pasti sebagai berisiko tinggi kemalangan.
#AWANInews
#AWANInews
AWANI Ringkas: PM arah siasatan secara menyeluruh
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Jalan, lebuh raya baharu perlu ada terowong hidupan liar - KKR
Lembaga Lebuhraya Malaysia dan Jabatan Kerja Raya akan memastikan setiap jalan raya serta lebuh raya baharu selepas ini direka bentuk dan dibina dengan terowong hidupan liar.

Lelaki Afrika elak jumpa wanita selama 55 tahun
Seorang lelaki Afrika berusia 71 tahun membuat keputusan tinggal di sebuah rumah terpencil yang dikelilingi pagar setinggi 4.5 meter lebih setengah abad, gara-gara takut dengan golongan wanita.