Lelaki atau perempuan? Putera William dan Kate Middleton masih tidak tahu jantina bayi ketiga

Agensi
Mac 31, 2018 22:25 MYT
Tatkala ramai yang mula berteka-teki dengan jantina bayi tersebut, dilaporkan bahawa kedua pasangan ini juga masih tidak tahu akan jantina bayi mereka. - Gambar fail REUTERS/Chris Wattie
Apakah jantina bagi bayi ketiga pasangan diraja popular Putera William dan Duchess of Cambridge, Kate Middleton?
Tatkala ramai yang mula berteka-teki dengan jantina bayi tersebut, dilaporkan bahawa kedua pasangan ini juga masih tidak tahu akan jantina bayi mereka.
Memetik laporan portal E! News, sumber terdekat kedua pasangan berkenaan mendedahkan berita tersebut.
"William dan Kate sukar melakukan persiapan kerana mereka masih tidak mengetahui jantina bayi tersebut," dedah sumber tersebut secara eksklusif kepada E! News.
Kate dijangka bakal melahirkan bayi tersebut pada April ini.
Sumber tersebut juga mendedahkan bahawa Kate sudah mula bercuti dan dijangka akan kembali menjalankan tugas rasminya selepas musim luruh.
#bayi ketiga #Kate Middleton #Putera William #Royal Baby