[TERKINI] Ketegangan Memuncak: Iran Lancar 9 Serangan ke Atas Israel dalam 24 Jam. Ikuti laporan terkini di sini.
INTERNATIONAL

Lelaki bakar diri di luar mahkamah perbicaraan Trump meninggal dunia

Sinar Harian 20/04/2024 | 08:51 MYT
Maxwell Azzarello didakwa menuang cecair mudah terbakar pada tubuhnya sebelum melemparkan risalah teori konspirasi ke udara. -Gambar fail/Reuters
WASHINGTON: Seorang lelaki yang membakar dirinya di luar sebuah mahkamah Manhattan di mana bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump menghadapi perbicaraan dilaporkan meninggal dunia pada Sabtu.
Maxwell Azzarello, 37, didakwa menuang cecair mudah terbakar pada tubuhnya sebelum melemparkan risalah teori konspirasi ke udara.
Media tempatan melaporkan dia melakukan tindakan nekad itu ketika pemilihan juri untuk perbicaraan kes bayaran menutup mulut melibatkan bilionair hartanah itu dengan bekas bintang porno, Stormy Daniels selesai pada Jumaat.
Sementara itu, pihak berkuasa New York mengesahkan kematian Azzarello dimaklumkan oleh kakitangan hospital.
Siasatan awal mendapati individu itu tiba di New York dari kediamannya di Florida pada minggu lalu dan dia juga tidak mempunyai sebarang rekod jenayah. -Sinar Harian/Agensi
#Maxwell Azzarello #bakar diri #mahkamah perbicaraan Trump #risalah teori konspirasi