awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rangka manusia di rumah terbiar bongkar misteri kehilangan lima beranak
Pameran 'Tunku Negarawan Ulung: Pengasas Negara Bangsa' kini dibuka di Muzium Negara
Gobind tersenarai dalam "2026 Tech Diplomacy Global 50"
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki berpakaian seragam tentera bunuh 60 penduduk kampung

Bernama
Bernama
25/04/2023
04:20 MYT
Lelaki berpakaian seragam tentera bunuh 60 penduduk kampung
Burkina Faso dibelenggu oleh keganasan sejak beberapa tahun lalu. - Gambar hiasan
DOUALA: Sekurang-kurangnya 60 penduduk maut dibunuh oleh sekumpulan lelaki berpakaian seragam tentera dalam kejadian di kampung Karma di utara Burkina Faso, kata seorang pendakwa raya tempatan pada Ahad.
"Komander briged gendarmerie Ouahigouya melaporkan kepada saya seramai 60 penduduk kampung Karma dibunuh oleh lelaki yang memakai pakaian seragam tentera," kata Lamine Kabore, lapor Agensi Anadolu.
Beliau berkata mangsa yang cedera telah dipindahkan ke kemudahan kesihatan tempatan.
Susulan insiden itu, Kabore mengarahkan siasatan dijalankan untuk menahan semua yang terlibat.
Serangan seperti itu lazim berlaku di Burkina Faso yang dibelenggu oleh keganasan sejak beberapa tahun lalu, selepas tentera merampas kuasa dalam dua rampasan kuasa pada Januari dan September 2022.
Sejak itu, ramai orang awam dan tentera maut, menjadikan negara itu negara kedua paling terjejas di dunia, menurut Indeks Keganasan Global 2023.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#lelaki berpakaian seragam tentera
#karma
#Ouahigouya
#dibunuh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan