Seorang lelaki bersenjata yang melepaskan tembakan rambang di sebuah panggung wayang di Jerman, dilaporkan maut, ujar Menteri Dalam Negeri, Peter Beuth.

Beuth berkata, penyerang itu mati sewaktu bertempur dengan pasukan polis.

"Pihak polis menyangka lelaki itu menjadikan pengunjung panggung wayang sebagai tebusan, sebab itulah dia ditembak mati," ujar Beuth.

Akhbar Allgemeine melaporkan, motif serangan itu masih belum jelas sama ada ada kaitan dengan politik atau ideologi, mahupun suatu cubaan rompakan bersenjata.

Pihak polis yang menerima panggilan kecemasan berkata, saksi kejadian memberitahu lelaki bertopeng itu seperti mengalami masalah mental.

Terdahulu, dalam laporan media tidak rasmi, lelaki yang memakai topeng itu menyerbu masuk kompleks panggung wayang berkenaan di bandar Viernheim dan beberapa orang telah cedera, dipercayai akibat terkena gas pemedih mata dalam operasi polis.