DUNIA
Lelaki bersenjata ditahan menyamar polis sebelum acara peringatan Charlie Kirk
Siasatan sedang dijalankan bagi menentukan niat dan tujuan Runkles berada di stadium berkenaan. - Foto Reuters
ISTANBUL: Seorang lelaki bersenjata ditahan di Stadium State Farm di negeri Arizona, Amerika Syarikat, lokasi yang dijadual menjadi tempat majlis peringatan aktivis konservatif Charlie Kirk pada Ahad, selepas didakwa menyamar pegawai polis, lapor Anadolu Ajansi.
Ringkasan AI
Menurut laporan ABC News, Joshua Runkles, 42, ditahan Jabatan Keselamatan Awam (DPS) Arizona dan didakwa atas kesalahan membawa senjata ke kawasan larangan serta menyamar sebagai pegawai penguat kuasa undang-undang.
DPS dalam satu kenyataan berkata Runkles dihentikan selepas menunjukkan "tingkah laku mencurigakan" dan mengesahkan bahawa dia "bukan pegawai penguat kuasa undang-undang."
Siasatan sedang dijalankan bagi menentukan niat dan tujuan Runkles berada di stadium berkenaan.
"Runkles kini telah dibebaskan dengan ikat jamin," menurut kenyataan itu.
Sementara itu, Perkhidmatan Rahsia AS memberitahu ABC News bahawa ejen mereka berdepan dengan seorang "individu yang diperhatikan berkelakuan mencurigakan" dan yang membuat dakwaan palsu sebagai pegawai penguat kuasa bersenjata.
Agensi berkata ia bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan untuk mengenal pasti tujuan suspek berada di lokasi itu.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Seorang lelaki, Joshua Runkles, 42, ditahan di Stadium State Farm, Arizona selepas didakwa menyamar sebagai pegawai polis dan membawa senjata ke kawasan larangan sebelum majlis peringatan aktivis Charlie Kirk.
- Runkles ditahan selepas menunjukkan tingkah laku mencurigakan; siasatan sedang dijalankan untuk menentukan niat dan tujuan kehadirannya di stadium tersebut.
- Beliau telah dibebaskan dengan ikat jamin, dan pihak berkuasa tempatan serta Perkhidmatan Rahsia AS bekerjasama dalam siasatan kes ini.