awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JDT mara ke separuh akhir Kejuaraan Kelab ASEAN
Serah pada pihak berkuasa siasat isu Agrobank - Mohamad Sabu
Lelaki terlelap ketika memandu, rempuh tembok pagar sekolah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki bunuh, makan mayat ibu dipenjara 15 tahun

Astro Awani
Astro Awani
17/06/2021
01:57 MYT
Lelaki bunuh, makan mayat ibu dipenjara 15 tahun
Alberto Sanchez ketika ditahan polis Sepangyol. -Gambar fail/Polica Nacional Twitter
MADRID: Seorang lelaki dihukum penjara lebih 15 tahun selepas didapati bersalah kerana membunuh dan makan mayat ibunya di kediaman mereka di Madrid, Sepanyol.
Alberto Sanchez Gomez membunuh ibunya sebelum mengerat mayat dan memakannya selama lebih 15 hari dalam kejadian pada awal tahun 2019.
BACA: Lelaki bunuh, kerat dan makan mayat ibu didakwa di mahkamah
Mangsa yang tidak disebut nama dalam pernyataan mahkamah dikenal pasti oleh media tempatan sebagai Maria Soledad Gomez.
Alberto Sanchez, 28, ditangkap pada Februari 2019 dan perbicaraan terhadapnya dimulakan pada April tahun sama.
Dia dijatuhi hukuman 15 tahun kerana membunuh dan lima bulan kerana melakukan kekejaman terhadap mayat.
Polis menemui mayat mangsa di dalam bekas plastik selepas mangsa tidak dilihat jiran selama sebulan.
Alberto Sanchez yang digelar "Kanibal Las Ventas" mencekik ibunya hingga mati selepas kedua-dua mereka bertengkar.
Dia kemudian memotong mayat ibunya menggunakan gergaji tukang kayu dan dua pisau dapur.
Alberto Sanchez menyimpan beberapa bahagian mayat ibunya di dalam peti sejuk dan membuang bahagian lain ke dalam tong sampah serta diberi kepada anjing.
Topic Berkaitan
#kanibal
#bunuh dan makan ibu
#Alberto Sanchez Gomez
#Maria Soledad Gomez
#sepanyol
#dihukum penjara 15 tahun
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan