awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Titah Adendum: AGC nafi dakwaan keputusan mahkamah kurangkan kuasa pengampunan Raja-Raja
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki cipta rekod, kunjungi Disneyland setiap hari selama hampir sedekad

Agensi
Agensi
05/03/2023
08:35 MYT
Lelaki cipta rekod, kunjungi Disneyland setiap hari selama hampir sedekad
Kunjungannya terpaksa dihentikan susulan pandemik COVID-19 pada awal 2020, namun rekodnya tidak tergugat. - IG@disney366
SEORANG lelaki dari California, Jeff Reitz, mencipta rekod sebagai pengunjung Disneyland paling kerap, apabila mengunjungi taman tema itu setiap hari selama 2,995 hari antara 2012 dan Mac 2020, sekali gus mecipta Rekod Dunia Guinness baharu.
Pengembaraan Reitz, 50, bermula sedekad yang lalu apabila dia membeli pas tahunan Disneyland dan baru-baru ini, selepas tidak lagi bekerja, banyak masa lapang diluangkan ke Disneyland.
Reitz merakamkan dan berkongsi kunjungannya dengan ribuan pengikut di bawah media sosial dengan nama Disney366.
Kunjungannya terpaksa dihentikan susulan pandemik COVID-19 pada awal 2020, namun rekodnya tidak tergugat.
"Saya dibesarkan di Huntington Beach, dan keluarga saya sering ke sana beberapa kali setahun.
"Hubungan saya dengan Disneyland seperti rakan lama," katanya kepada CNN.
Selain itu, kosnya agak rendah, terutamanya jika dikira dari aspek jenama Disney.
"Orang selalu kata, ‘Oh, ia pasti menelan belanja yang banyak.’ Rumah saya terletak kira-kira 20 minit dari Disneyland, dan dengan pas tahunan yang juga meliputi tempat letak kereta, lawatan harian untuk setahun berharga kira-kira AS$1,400 (RM6,266).
"Ia jumlah yang banyak, tetapi tidak sebanyak yang orang ramai fikirkan."
Walaupun mempunyai banyak aktiviti menarik, itu bukan sebab Reitz mengunjunginya setiap hari.
"Para petugas dan pelakon yang menjadi tarikan utama. Bertahun-tahun mereka berada di sini, mereka mempunyai banyak cerita dan rahsia. Itu lebih menarik," kata Reitz lagi.
Topic Berkaitan
#Disneyland
#jeff reitz
#Guiness World Book Of Record
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan