awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Artemis 2: Empat angkasawan bakal sertai misi NASA ke bulan seawal Februari
Shamsul Iskandar kemuka permohonan pindah pertuduhan rasuah ke Mahkamah Tinggi
Agong zahir nasihat penjawat awam kekal integriti, perkukuh tadbir urus
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki dakwa hubungan sulit punca bunuh isteri dan 2 anak

Astro Awani
Astro Awani
04/10/2019
05:19 MYT
Lelaki dakwa hubungan sulit punca bunuh isteri dan 2 anak
Chris Watts mengaku salah membunuh isterinya Shanann serta dua anak perempuannya, Bella dan Celeste dalam kejadian pada Ogos tahun lalu. -Instagram Shanann Watts
"SAYA takkan bunuh isteri dan anak-anak jika tak bertemu Nikki."
Itu luahan hati Chris Watts, 34, yang didapati bersalah membunuh isterinya Shanann, 34, serta dua anak perempuannya, Bella, 4, dan Celeste, 3, dalam kejadian pada Ogos tahun lalu.
Menurutnya, tindakan itu dilakukan dek rasa cinta yang meluap-luap terhadap skandal gelapnya, Nichol "Nikki" Kessinger.
Malah, isterinya Shanann dilaporkan hamil anak lelaki pertama mereka yang bakal diberi nama Nico ketika nyawanya diragut sang suami, lapor Daily Mail.
Kisah pembunuhan kejam itu ditulis Cheryln Cadle melalui buku terbaharunya "Letters From Christopher" berdasarkan kisah benar kejadian membabitkan tiga sekeluarga itu.
Watts yang ditemu bual Cadle di penjara memberitahunya yang dia masih ingat riak wajah Shanann ketika mencekik isterinya.
"Saya masih ingat wajahnya kehitaman akibat celak mata.
"Orang tanya kenapa Shanann tak melawan, sebab memang dia tak boleh melawan.
"Saya tahu jika saya buka genggaman tangan, dia tetap akan halang hubungan saya dengan Nikki," kata Watts kepada Cadle.
Menurut Cadle, Watts memberitahunya yang dia hanya bertemu Nikki selama dua bulan sebelum bertekad melakukan jenayah kejam itu.
Sejak dipenjarakan, Watts tidak menerima kunjungan Nikki dan sering tertanya-tanya di mana kekasih gelapnya itu kini berada.
Dalam perbicaraan kesnya, Watts mengaku salah membunuh isteri dan anak-anaknya dan kini menjalani hukuman penjara seumur hidup.
Topic Berkaitan
#bunuh dua anak
#bunuh isteri
#Cheryln Cadle
#Chris Watts
#Letters From Christopher
#penjara seumur hidup
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan