awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Keputusan kes 1MDB Najib esok
SIGGRAPH Asia 2026: Kuala Lumpur lakar sejarah, angkat falsafah 'Human-Centered' dan tema 'Weaving the Future'
JAWI diarah siasat isu lelaki berpakaian menyerupai wanita
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki dipecat 'balas dendam' padam fail penting syarikat dari Google Drive

Agensi
Agensi
07/12/2021
04:34 MYT
Lelaki dipecat 'balas dendam' padam fail penting syarikat dari Google Drive
Perbuatannya dapat diketahui apabila bahagian teknologi maklumat mengesan aktivitinya menerusi rekod log. - Gambar hiasan
SINGAPURA: Seorang lelaki yang dipecat dari kerjanya dengan notis 24 jam selepas dia meletakkan jawatan bertindak memadam 20 fail penting dari akaun Google Drive syarikatnya.
Akibat perbuatan itu, Tan Wei Chiang, 30, telah didenda S$5,000 (RM15,400) pada Selasa. Dia mengaku bersalah atas dakwaan mengubah suai kandungan komputer tanpa kebenaran di bawah Akta Penyalahgunaan Komputer , lapor agensi berita Channel NewsAsia.
Wei Chiang yang bekerja sebagai pengurus produksi di syarikat pengeluaran daging bertanggungjawab menjaga jadual produksi dan memeriksa kualiti hasil.
Pada 4 Januari tahun ini, dia menghantar surat peletakan jawatan dan meneruskan baki kerja dalam tempoh 30 hari. Namun pada 12 Januari, penyelianya memberikan surat memberhentikan kerjanya kerana prestasi yang tidak memberangsangkan.
Dia menandatangani surat berkenaan, yang antara lain menyatakan akan gaji asas terakhir akan diterimanya bagi Januari. Kemudian, penyelianya meminta dia menyerahkan semua projek, butiran log masuk dan semua dokumen.
Pada hari yang sama, Wei Chiang menggunakan akaun syarikat untuk mengakses kemudahan storan data berasaskan awan, Google Drive, seterusnya memadam 20 dokumen syarikat.
Perbuatannya dapat diketahui apabila bahagian teknologi maklumat mengesan aktivitinya menerusi rekod log.
Di mahkamah, Wei Chiang menyatakan semua fail yang dipadam itu adalah miliknya.
Bagaimanapun, hakim memutuskan tindakan Wei Chiang didorong perasaan marah yang tidak boleh diterima dalam etika syarikat, seterusnya sengaja melakukannya untuk menimbulkan kesusahan kepada syarikat.
Di bawah akta, sebarang ubah suai kandungan komputer tanpa kebenaran boleh membawa hukuman penjara sehingga tiga tahun dan denda sehingga S$10,000 (RM92,900), atau kedua-duanya.
Topic Berkaitan
#pekerja dipecat
#Singapura
#Google Drive
#mahkamah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan