[TERKINI] SARA RM100 untuk Warganegara 18 Tahun ke Atas: Tebus Guna MyKad – Baca Panduan Penuh Di Sini
DUNIA

Lelaki 'disedut' awan pada ketinggian 8,500 meter di udara

Sinar Harian 02/06/2025 | 00:45 MYT
Yujiang menjelaskan dia terselamat di zon maut tersebut yang hampir menyamai ketinggian puncak Gunung Everest. - Foto Sinar Harian/Agensi
BEIJING: Seorang peluncur udara mendakwa dia terselamat selepas 'disedut' awan pada ketinggian 8,500 meter (m) di permukaan udara.

Peng Yujiang, 55, berkata, dia sedang melakukan ujian peralatan baharu pada ketinggian 3,000m dari paras laut di pergunungan Qilian apabila arus udara itu membawanya hingga ke altitud 5,000m dan terperangkap dalam kepulan awan.

Insiden itu yang dirakamkan dengan kamera dipasang pada alat luncur udara itu turut menjadi tular selepas dikongsikan di platform Douyin.

Klip itu jelas menunjukkan bahagian muka dan tubuhnya diselaputi kristal ais.

"Saya sangat takut kerana sekeliling saya hanya berwarna putih. Saya jadi hilang arah kerana tiada kompas. Saya sangka sedang terbang secara menegak, rupa-rupanya saya berpusing-pusing," ujarnya yang terlibat sukar luncur udara selama empat tahun setengah.

Namun, kesahihan video itu dipersoalkan stesen penyiar NBC yang mendakwa logo firma teknologi kecerdasan buatan (AI) telah disunting daripada klip tersebut.

Yujiang menjelaskan dia terselamat di zon maut tersebut (tahap oksigen rendah) yang hampir menyamai ketinggian puncak Gunung Everest (8,849m) dan suhu menjunam pada -40 darjah Celsius.

Susulan video itu menjadi tular, lesen Yujiang telah digantung selama enam bulan kerana melakukan aktiviti tersebut tanpa kebenaran selain pihak berkuasa turut menyiasat kejadian berkenaan. - Sinar Harian memetik agensi







#disedut awan #AI #ujian peralatan baharu #Peng Yujiang