DUNIA
Lelaki diselamatkan selepas terkurung empat hari dalam lif di Jerman
Seorang lelaki berusia lingkungan 70-an baru-baru ini diselamatkan daripada lif rosak di utara Jerman selepas terperangkap selama empat hari tanpa makanan, air atau cara untuk meminta bantuan, menurut polis. - Gambar hiasan
OSNABRUCK (Jerman): Seorang lelaki berusia lingkungan 70-an baru-baru ini diselamatkan daripada lif rosak di utara Jerman selepas terperangkap selama empat hari tanpa makanan, air atau cara untuk meminta bantuan, menurut polis pada Isnin, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Kejadian berlaku pada akhir Jun di rumah persendirian lelaki itu di Osnabruck.
Fiuz yang rosak menyebabkan lif berfungsi dengan tidak sempurna sekali gus menjejaskan butang panggilan kecemasan, menurut jurucakap polis.
Lelaki itu ditemui anaknya empat hari kemudian yang segera menghubungi perkhidmatan kecemasan.
Pasukan penyelamat berjaya mengeluarkan mangsa yang keletihan itu, dan beliau kini pulih serta berada dalam keadaan "baik."
Pihak berkuasa menyatakan lelaki itu sangat bernasib baik masih hidup kerana kebiasaannya seseorang hanya mampu bertahan kira-kira tiga hari tanpa air.
-- BERNAMA