Siasatan pihak berkuasa Thailand mendapati seorang lelaki yang ditahan polis Malaysia di Kelantan Isnin lepas, adalah sebahagian daripada rangkaian penyeludupan dadah serantau diketuai warga Laos, yang digelar 'Raja Dadah ASEAN'.
Lelaki warga Laos berusia 41 tahun itu kini dalam tahanan polis Thailand.
Menurut Timbalan Ketua Polis Negara Thailand, Jen Chalermkiat Sriwirikhan rakyat Malaysia itu yang memiliki dua kerakyatan iaitu Malaysia dan Thailand, bekerja dengan warga Laos tersebut dan seorang lagi, raja dadah selatan Thai yang kini melarikan diri.
"Rakyat Malaysia yang ditahan di Kelantan dan lelaki yang melarikan diri itu adalah sebahagian daripada rangkaian diketuai 'Raja Dadah ASEAN'...kami boleh katakan mereka bekerja bersama-sama dan mempunyai hubungan antara satu sama lain," katanya dalam sidang media di Lembaga Kawalan Narkotik di sini pada Jumaat.
Chalermkiat berkata pada Khamis di Songkla, pihak berkuasa merampas 41 juta Baht (RM5.2 juta) dan RM1.6 juta wang tunai, barangan kemas dan aset lain milik rangkaian pengedaran dadah warga Laos itu.
Seorang wanita yang ditahan dalam serbuan itu, mendedahkan kepada polis ketika disoal siasat, wang dan aset yang dirampas itu adalah hasil jualan dadah oleh suaminya iaitu sebahagian daripada operasi sindiket lelaki Laos itu.
Chalermkiat berkata suami wanita itu kini sedang menjalani hukuman penjara di Kelantan selepas ditangkap memiliki 70,000 pil psikotropik (pil kuda) tiga tahun lepas.
Sementara itu, Setiausaha Agung Lembaga Kawalan Narkotik, Sirinya Sitdhichai yang turut hadir pada sidang media itu berkata pihak berkuasa Malaysia menyalurkan maklumat yang membawa kepada rampasan wang tunai dan aset itu pada Khamis.
Menurutnya semasa disoal siasat, wanita itu yang merupakan warga Thailand berkata semua wang tunai dan aset yang dirampas pada Khamis, diperoleh hasil pengedaran dadah merentasi sempadan.
"Wanita itu mengaku (semasa disoal siasat) bahawa suaminya mengarahkan dia memindahkan wang dan aset lain dari rumah mereka di Golok ke Narathiwat di Hatyai," katanya.
Selepas penahanannya pada Khamis, wanita itu dan seorang lelaki Thailand yang merupakan rakan sejenayah beliau dibawa ke Bangkok bagi membantu siasatan berhubung rangkaian penyeludupan dadah 'Raja Dadah ASEAN'.
Mengenai lokasi seorang lagi raja dadah yang melarikan diri itu, Sirinya berkata dia kini bersembunyi di Laos dan menambah orang ramai yang menyalurkan maklumat hingga membawa kepada penahanan lelaki itu akan ditawarkan dua juta Baht (RM256,000).
Sementara itu, Ketua Biro Kawalan Narkotik Thailand Lt Jen Sommai Kongvisaisuk berkata pihak berkuasa bakal mengumumkan lebih banyak 'berita baik' minggu depan. -- Bernama
Bernama
Fri Feb 10 2017
Pihak berkuasa Thailand menunjukkan wang tunai dan barang kemas bernilai 68 juta Baht (RM8.7 juta) hasil jualan dadah di selatan Thai dan Kelantan yang dirampas daripada sindiket dadah di Songkla. - Foto Bernama
Pantau Belanjawan: Memartabatkan perumahan sebagai hak asasi
Pengarah Kajian Khazanah Research Institute (KRI), Dr Suraya Ismail berbicang lanjut mengenai akses kepada perumahan yang menangani masalah ini melalui 'kesamarataan' manusia di Malaysia.
Tujuh maut dalam kebakaran hospital di Tamil Nadu
Sekurang-kurangnya tujuh orang dilaporkan maut manakala ramai lagi cedera dalam insiden kebakaran di sebuah hospital di Dindigul, Tamil Nadu, India.
AWANI Ringkas: Pengerusi ASEAN dan TMM 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pengasas Blogger, Twitter dan Medium lancar aplikasi sosial baharu Mozi
Melalui Mozi, pengguna boleh melakukan perancangan mereka di sesuatu lokasi seperti lokasi yang akan disinggah, atau acara yang akan disertai.
Buaya di Teluk Batik: PERHILITAN nasihat orang awam berwaspada
Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Perak terus memantau persekitaran Pantai Teluk Batik susulan penampakan kehadiran seekor buaya di kawasan itu pada Khamis.
[TERKINI] Zii Jia, beregu negara melangkah ke separuh akhir
Pemain perseorangan profesional lelaki negara, Lee Zii Jia, mengesahkan tempat ke separuh akhir selepas mencatat kemenangan kedua dalam Kumpulan A Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China, hari ini.
Pemain nombor lapan dunia itu meneruskan prestasi cemerlangnya dengan menewaskan pemain nombor dua dunia dari Denmark, Anders Antonsen, 21-14, 21-19 dalam masa 47 minit di Gimnasium Olimpik Hangzhou.
Pemain nombor lapan dunia itu meneruskan prestasi cemerlangnya dengan menewaskan pemain nombor dua dunia dari Denmark, Anders Antonsen, 21-14, 21-19 dalam masa 47 minit di Gimnasium Olimpik Hangzhou.
Permohonan Geran Pembangunan Sosioekonomi Masyarakat India masih dibuka - Mitra
Lebih 200 badan bukan kerajaan dan syarikat telah memohon geran Pembangunan Sosioekonomi Masyarakat India (PPSMI) 2025 yang dibuka sejak 2 Dis.
Fikir dahulu sebelum kongsi di media sosial - Pakar
Dengan kelulusan Rang Undang-Undang (RUU) Komunikasi dan Multimedia (Pindaan) 2024 di Dewan Rakyat, pengguna media sosial disarankan lebih bertanggungjawab dalam menggunakan platform tersebut bagi mengelak dikenakan tindakan undang-undang.
Profesor Datuk Dr. Azizul Halim Yahya, Profesor Komunikasi di Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi MARA, menjelaskan bahawa maklumat yang dikongsi di media sosial akan kekal dirakam dalam sistem, menjadikannya mustahil untuk dihapuskan.
Profesor Datuk Dr. Azizul Halim Yahya, Profesor Komunikasi di Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi MARA, menjelaskan bahawa maklumat yang dikongsi di media sosial akan kekal dirakam dalam sistem, menjadikannya mustahil untuk dihapuskan.
NAIO disaran bentuk konsortium perkasa tenaga kerja AI tempatan
Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan (NAIO) perlu membentuk satu konsortium antara pusat pengajian tinggi (IPT), industri teknologi dan kerajaan dalam memperkasa tenaga kerja tempatan dalam bidang kecerdasan buatan (AI).
Anggaran pendapatan naik 12 peratus kepada RM1.67 bilion
Anggaran pendapatan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) pada 2025 meningkat 12 peratus kepada RM1.67 bilion dengan kutipan zakat disasarkan mencapai RM1.2 bilion.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd NaĆm Mokhtar ketika mengulas Bajet MAIWP 2025 pada Khamis berkata, anggaran perbelanjaan pula merekodkan RM1.67 bilion dengan perbelanjaan agihan RM1.34 bilion, pengurusan RM246 juta dan pembangunan RM87 juta.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd NaĆm Mokhtar ketika mengulas Bajet MAIWP 2025 pada Khamis berkata, anggaran perbelanjaan pula merekodkan RM1.67 bilion dengan perbelanjaan agihan RM1.34 bilion, pengurusan RM246 juta dan pembangunan RM87 juta.
Lelaki ditahan di Kelantan sebahagian rangkaian 'Raja Dadah ASEAN' - Polis Thai
Lelaki warga Laos berusia 41 tahun itu kini dalam tahanan polis Thailand.