SAMBALPUR ODISHA: Seorang lelaki berusia 30 tahun ditahan setelah didakwa memenggal kepala seorang kanak-kanak perempuan berusia 8 tahun dan membawanya keliling kampung.
Insiden ngeri yang berlaku di daerah Sambalpur Odisha, India pada Jumaat itu menggemparkan penduduk sekitar, lapor The New Indian Express dan New18.com.
Difahamkan, ketika kejadian, kanak-kanak itu pergi untuk membuang air di satu kawasan di sebuah ladang pada waktu pagi.
Suspek dipercayai pergi ke lokasi membawa kapak dan tidak semena-mena memenggal kepala mangsa.
Dia kemudian berjalan mengelilingi kampung sambil memegang kepala mangsa yang dipenggal itu sebelum mencucinya di sebuah telaga.
Isteri suspek yang melihat tindakan itu terus memarahi suaminya namun terhenti apabila dia diugut dengan kapak.
Suspek kemudian tidur di atas tanah di situ.
Polis yang bergegas ke lokasi kejadian berjaya menahan lelaki berkenaan.
Siasatan awal polis mendedahkan suspek seorang pemabuk, tetapi tidak bermusuh dengan keluarga si mati.
"Kami masih belum dapat memastikan apa yang bermain dalam fikirannya ketika melakukan jenayah itu," kata pegawai polis.
Menurut penduduk kampung, tertuduh yang juga bapa kepada dua anak perempuan sering bertengkar dengan keluarganya, namun dia dipercayai bukan seorang yang mengalami sakit mental.
Senjata yang digunakan suspek dirampas dan mayat kanak-kanak itu dihantar ke hospital untuk bedah siasat.
Pihak berkuasa mengesahkan motif di sebalik kejadian ngeri itu masih belum dapat dipastikan dan sedang disiasat.
Astro Awani
Sat Mar 26 2022
Seorang lelaki berusia 30 tahun ditahan setelah didakwa memenggal kepala seorang kanak-kanak perempuan berusia 8 tahun dan membawanya keliling kampung. -Gambar hiasan
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Lelaki ditahan penggal kepala budak 8 tahun sebelum bawa keliling kampung
Difahamkan, ketika kejadian, kanak-kanak itu pergi untuk membuang air di satu kawasan di sebuah ladang pada waktu pagi.