[TERKINI] Najib Razak Dilepas Tanpa Dibebaskan – Kes SRC RM27 Juta, Ikuti Laporan di Sini
INTERNATIONAL

Lelaki ditahan selepas cetuskan kebakaran kecil di Istana Buckingham

Bernama 21/12/2022 | 04:00 MYT
Rakaman kejadian yang tular menunjukkan kebakaran kecil berlaku di luar pintu pagar istana dan seorang individu telah ditahan. - Foto REUTERS
LONDON: Seorang lelaki ditahan di luar Istana Buckingham London selepas didakwa cuba mencetuskan kebakaran kecil di hadapan pintu pagar istana pada Selasa malam.
Rakaman kejadian yang tular menunjukkan kebakaran kecil berlaku di luar pintu pagar istana dan seorang individu telah ditahan, lapor Agensi Anadolu.
"Sejurus selepas 10 malam pada Selasa, seorang lelaki berusia 30 tahun telah ditahan kerana disyaki menyebabkan kerosakan selepas mencetuskan kebakaran kecil berhampiran pintu pagar Istana Buckingham.
"Lelaki itu telah ditahan. Api sudah dipadamkan," menurut Polis Metropolitan dalam satu kenyataan.
-- BERNAMA
#Istana Buckingham #London #pembakaran #Polis Metropolis