awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[KOLUMNIS] Serangan terhadap Venezuela: Satu pelanggaran nyata terhadap undang-undang antarabangsa oleh AS untuk kesekian kalinya?
Bintang filem Korea Selatan, Ahn Sung-ki meninggal dunia pada usia 74 tahun
Bosan akibat kesesakan antara punca lorong kecemasan disalah guna
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki ditahan selepas pukul bapa dengan kayu

Faida Rahim
Faida Rahim
20/09/2022
03:40 MYT
Lelaki ditahan selepas pukul bapa dengan kayu
Pegawai Balai Polis Jodhpur memaklumkan ini bukan kejadian pertama melibatkan lelaki berkenaan mencederakan bapanya tanpa belas kasihan. - Foto Hindustani Times
JODHPUR: Seorang lelaki ditahan pihak berkuasa selepas bertindak kejam membelasah bapanya dengan sebatang kayu tanpa belas kasihan.
Aksi lelaki yang sempat dirakam menerusi kamera litar tertutup (CCTV) itu tular secara meluas di sosial media sejak semalam.
Memetik laporan agensi berita ANI, kelihatan seorang lelaki berbaju putih dipercayai anak kepada warga emas itu tiba-tiba bertindak memukul bapanya dengan kejam menggunakan sebatang kayu yang diambil dari tepi jalan.
Lelaki itu kemudian mencampak semula kayu dengan mimik wajah kecewa namun kemudian bertindak menampar dan menumbuk bapanya semula.
#WATCH | A video of a son beating his father in Rajasthan's Jodhpur went viral The son often quarrels with the father regarding matters of the household. He misbehaved with his father yesterday also. He has been arrested under CrPC 151: SHO Ratnada PS (CCTV Visuals) pic.twitter.com/3RScDVlOi4
— ANI MP/CG/Rajasthan (@ANI_MP_CG_RJ) September 19, 2022
Kejadian yang berlaku di sebuah jalan raya di Jodhpur di bandar Rajasthan turut disaksikan oleh jiran berhampiran kejadian. Namun begitu, mereka gagal untuk menghentikan kejadian itu.
Difahamkan, pegawai Balai Polis Jodhpur memaklumkan ini bukan kejadian pertama melibatkan lelaki berkenaan mencederakan bapanya tanpa belas kasihan.
Sementara itu, lelaki berkenaan kini ditahan polis di bawah Akta Kanun Tatacara Jenayah 151 yang membenarkan pelaku ditangkap sebelum melakukan kesalahan untuk mengelakkan berlaku kejadian tidak diingini.
Topic Berkaitan
#warga emas
#CCTV
#kes pukul
#India
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan