Lelaki ini tinggalkan kerjaya perguruan, hasilkan busana kreatif untuk si comel kesayangan

Agensi
Disember 12, 2020 04:52 MYT
Lelaki berusia 39 tahun itu membekalkan pelbagai jenis busana seperti pakaian adiwira seperti Thor dan Superman, selain pakaian jururawat dan baju tradisional Islam hijab, songkok dan sampin. - Reuters
Seorang bekas guru di Bogor, Indonesia bertukar kerjaya menjadi pereka fesyen yang menghasilkan busana unik dan kreatif untuk kucing peliharaan.
Selepas Fredi Lugina Priadi berhenti bekerja sebagai guru, dia telah meneroka pelbagai jenis perniagaan termasuk mengurus kedai membaiki motosikal, sebelum mendapat tahu tentang permintaan pasaran dalam fesyen dan pakaian kucing.
“Pada mulanya, sepupu saya yang juga peminat kucing memberi idea untuk membuat busana, tetapi saya rasa ia adalah pelik. Namun selepas itu, ia bertukar menjadi sesuatu yang lawak apabila melihat kucing memakai busana tersebut,” kata Fredi kepada Reuters.
Lelaki berusia 39 tahun itu membekalkan pelbagai jenis busana seperti pakaian adiwira seperti Thor dan Superman, selain pakaian jururawat dan baju tradisional Islamik seperti hijab, songkok dan samping.
Fredi yang telah menubuhkan perniagaan dalam talian sejak tiga tahun yang lalu, kini menjana pendapatan sebanyak 3 juta rupiah (RM870) sebulan bagi menjual sekurang-kurangnya empat helai sehari.
Busana buatannya yang dijahit di bengkelnya di Bogor, selatan Jakarta dijual pada harga RM20 hingga RM40 sehelai.

** Setiap Sabtu dan Ahad, AstroAwani.com membawakan artikel santai dan merangkumi pelbagai topik menarik seperti pelancongan, pemotoran, gaya hidup, hobi, kekeluargaan, kesihatan, pengetahuan am, trivia dan banyak lagi. Ikuti #SantaiHujungMinggu !
#Jakarta #Indonesia #kucing #peliharaan #haiwan #binatang #comel #Busana #fesyen