awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Titah Adendum: AGC nafi dakwaan keputusan mahkamah kurangkan kuasa pengampunan Raja-Raja
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki lengan emas Australia yang selamatkan 2.4 juta bayi meninggal dunia

Bernama
Bernama
03/03/2025
22:00 MYT
Lelaki lengan emas Australia yang selamatkan 2.4 juta bayi meninggal dunia
James Harrison, penderma darah Australia yang telah menderma plasmanya lebih daripada 1,100 kali sepanjang hayatnya, meninggal dunia di sebuah rumah penjagaan di New South Wales, Australia pada 17 Februari lalu. - Gambar Australian Red Cross Lifebloo
ISTANBUL: Seorang penderma darah paling dermawan di dunia, yang menyelamatkan 2.4 juta bayi, telah meninggal dunia pada usia 88 tahun, lapor Anadolu Ajansi (AA) memetik laporan 7NEWS Australia pada Isnin.
James Harrison, penderma darah Australia yang telah menderma plasmanya lebih daripada 1,100 kali sepanjang hayatnya, meninggal dunia di sebuah rumah penjagaan di New South Wales, Australia pada 17 Februari, menurut keluarganya dalam satu pengumuman pada Isnin.
Harrison mula menderma plasmanya pada 1954 ketika berusia 18 tahun dan berbuat demikian secara berkala selama lebih enam dekad sehingga mencapai usia 81 tahun.
Sepanjang tempoh itu, beliau menderma darah kira-kira setiap dua minggu, dengan jumlah derma keseluruhan 1,162, yang memberikannya gelaran "lelaki dengan lengan emas."
Darahnya mengandungi antibodi jarang ditemui, dikenali sebagai Anti-D yang digunakan untuk menghasilkan ubat bagi wanita hamil yang darah mereka berisiko menyerang bayi dalam kandungan.
Harrison memutuskan untuk menjadi penderma darah tetap selepas menerima beberapa pemindahan darah ketika berusia 14 tahun semasa menjalani pembedahan paru-paru. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#penderma darah
#James Harrison
#James Harrison meninggal dunia
#lelaki lengan emas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan