awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sepanyol bakal haramkan remaja bawah 16 tahun guna media sosial
PASFA bayar dividen RM1.508 juta kepada 750 peserta tahun ini - Wan Rosdy
MEF sambut baik gesaan kerajaan ke arah ekosistem perniagaan yang lebih kukuh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki mandikan jenazah, cuci dan jemur baju selepas bunuh isteri

Gempak
Gempak
14/09/2023
08:48 MYT
Lelaki mandikan jenazah, cuci dan jemur baju selepas bunuh isteri
Suspek bukan sahaja memandikan jenazah, malah sempat membasuh lalu menjemur baju yang dipakai isterinya sehingga bersih. -Gambar hiasan
JAKARTA: Seorang suami sempat memandikan jenazah isterinya selepas dia membunuh wanita tersebut baru-baru ini.
Insiden tersebut disifatkan sadis kerana lelaki yang dikenali sebagai Nando, 25, membunuh isterinya Mega Suryani Dewi, 24, di hadapan anak mereka di sebuah rumah sewa di Cikarang Barat, Kabupaten Bekasi, Indonesia.
Menurut laporan Detik.com, suspek bukan sahaja memandikan jenazah, malah sempat membasuh lalu menjemur baju yang dipakai isterinya sehingga bersih.
Selepas membersihkan pakaian dan memandikan jenazah, mayat wanita malang itu dibaringkan di atas katil tanpa pakaian dan ditutupi sehelai kain.
Suspek kemudian pulang ke rumah ibu dan bapanya sebelum menceritakan perbuatan yang telah dilakukan terhadap isterinya.
Mayat Mega ditemui oleh ibunya sendiri selepas datang ke rumah sewa tersebut.
Nando mengaku membunuh isterinya kerana sakit hati sering bergaduh dan dimaki hamun oleh wanita tersebut.
Mereka juga sering bertengkar mengenai masalah kewangan.
Pada hari kejadian, suspek dan mangsa dipercayai bertengkar sebelum berakhir dengan insiden pembunuhan. -Gempak
Topic Berkaitan
#bunuh isteri
#Nando
#mandikan jenazah isteri
#Mega Suryani Dewi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan