[LAPOR LANGSUNG] Inkues Zara Qairina – Kemas Kini Terkini & Fakta Penting – Ikuti Di Sini.
DUNIA

Lelaki maut akibat wabak sampar di Mongolia selepas makan daging marmot

Bernama 08/09/2025 | 14:07 MYT
Walaupun memburu marmot adalah haram di Mongolia, haiwan pengerat itu dianggap sebagai makanan istimewa oleh segelintir masyarakat. - Adobe Stock
ULAN BATOR: Kementerian Kesihatan Mongolia pada Isnin mengesahkan kes wabak sampar yang meragut nyawa seorang lelaki berusia 24 tahun di Tsagaan-Uul soum, Wilayah Khuvsgul, lapor Xinhua.

Menurut kementerian, lelaki itu meninggal dunia selepas memakan daging marmot, dengan ujian tindak balas berantai polimerase (PCR) mengesahkan wabak sampar sebagai punca kematian. Pihak berkuasa telah memberi amaran kepada orang ramai supaya tidak memakan daging marmot.

Walaupun memburu marmot adalah haram di Mongolia, haiwan pengerat itu dianggap sebagai makanan istimewa oleh segelintir masyarakat dan larangan tersebut sering diabaikan.

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), wabak sampar ialah penyakit bakteria yang merebak melalui kutu yang hidup pada haiwan pengerat liar seperti marmot, dan boleh membunuh orang dewasa dalam tempoh kurang 24 jam jika tidak dirawat segera.

-- BERNAMA

#wabak sampar #lelaki maut #makan daging marmot #Mongolia