awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Isu tadbir urus rumah ibadat perlu ditangani tanpa sentimen kaum, agama - Kementerian
Konvensyen PKR Selangor: ‘Yang tak mahu kerja, keluar’ - Anwar
Astro perkasa kebersamaan menerusi 'Assalamualaikum Terengganu' dengan tema 'Bila Bersama Lagi Jadi'
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki maut, dua cedera dalam insiden tikaman rambang di Nagano, Jepun

Bernama
Bernama
23/01/2025
03:50 MYT
Lelaki maut, dua cedera dalam insiden tikaman rambang di Nagano, Jepun
Seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera dalam insiden tikaman rambang berhampiran Stesen JR Nagano, di Nagano, Jepun, pada Rabu malam, 22 Jan 2025. - Foto Kyodo/via REUTERS
NAGANO (Jepun): Seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera dalam insiden tikaman rambang berhampiran Stesen JR Nagano pada Rabu malam, lapor agensi berita Kyodo yang memetik kenyataan polis tempatan dan pihak bomba.
Penyerang yang melarikan diri dari tempat kejadian dengan senjata tajam kini sedang diburu polis. Sumber penyiasat menyatakan bahawa suspek dipercayai menyasarkan mangsa secara rambang.
Ketiga-tiga mangsa diserang ketika sedang menunggu bas berhampiran stesen itu. Seorang daripada mangsa, Hiroyoshi Maruyama, 49, mengalami luka akibat ditikam pada bahagian kiri badan dan disahkan meninggal dunia akibat kecederaannya, menurut pihak berkuasa.
Perkhidmatan kecemasan dimaklumkan mengenai kejadian kira-kira 8.05 malam itu selepas seorang pemanggil melaporkan seorang lelaki tidak sedarkan diri selepas serangan itu.
Seorang lelaki dalam lingkungan 30-an mengalami kecederaan serius akibat ditikam di bahagian belakang, manakala seorang wanita berusia 30-an cedera selepas diserang dan terjatuh, menurut pegawai.
Polis memaklumkan bahawa seorang saksi menggambarkan suspek sebagai lelaki bertubuh kurus dalam lingkungan 40-an, dengan ketinggian antara 165 hingga 175 sentimeter.
Suspek memakai cermin mata dan menutup kepalanya dengan kain putih. Lelaki itu kali terakhir dilihat melarikan diri ke arah selatan menuju ke kawasan pusat bandar Nagano.
Polis masih meneruskan operasi memburu penyerang itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Jepun
#tikaman
#Stesen JR Nagano
#serangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan