DUNIA

Lelaki maut selepas terjun dari tingkat atas Masjidil Haram

Malik Ridhwan 09/06/2018 | 04:39 MYT
Rakaman kamera litar tertutup mendedahkan, lelaki tersebut terjun dari tingkat atas dan maut di tempat kejadian. - Foto Facebook/Nyi Devisa
Seorang jemaah maut di Masjidilharam, Arab Saudi, apabila dilihat terjun dari tingkat atas ke ruang jemaah di hadapan Kaabah ketika solat tarawih sedang berlangsung.

Saudi News FR, menerusi entri di akaun Twitter rasminya melaporkan, siasatan awal mendedahkan lelaki berusia 26 tahun itu berketurunan Asia yang menetap di Eropah.

Rakaman kamera litar tertutup mendedahkan, lelaki tersebut terjun dari tingkat atas dan maut di tempat kejadian.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Mayat lelaki tersebut telahpun dibawa ke hospital untuk dibedah siasat.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Pihak berkuasa Arab Saudi berkata, kenyataan mengenai kes tersebut akan dikeluarkan setelah siasatan polis selesai.



#Arab Saudi #Asia #bunuh diri #lelaki #maut #Mekah