DUNIA
Lelaki maut terjatuh semasa konsert Oasis di Stadium Wembley
Insiden berlaku sekitar jam 10.30 malam ketika stadium yang berkapasiti 90,000 orang itu dipenuhi peminat sempena konsert keempat daripada tujuh siri persembahan Oasis di Wembley. - Foto X/Oasis
LONDON: Seorang lelaki berusia 40-an telah meninggal dunia selepas terjatuh dari tingkat atas semasa konsert kumpulan muzik terkenal Oasis di Stadium Wembley, London, pada Sabtu lalu.
Ringkasan AI
Menurut Polis Metropolitan London, mangsa ditemui dengan kecederaan serius yang konsisten dengan kesan jatuh dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
Insiden berlaku sekitar jam 10.30 malam ketika stadium yang berkapasiti 90,000 orang itu dipenuhi peminat sempena konsert keempat daripada tujuh siri persembahan Oasis di Wembley dalam jelajah reunion mereka yang bermula di Cardiff pada 4 Julai lalu.
“Kami amat terkejut dan sedih dengan kematian tragis seorang peminat di konsert malam tadi,” kata Oasis dalam kenyataan rasmi.
“Kami ingin merakamkan ucapan takziah yang tulus kepada keluarga dan rakan-rakan mangsa.”
Jurucakap Stadium Wembley turut mengesahkan bahawa pasukan perubatan, ambulans London dan polis telah bertindak segera, namun mangsa tidak dapat diselamatkan.
Keluarga mangsa telah dimaklumkan dan sedang menerima sokongan daripada pegawai polis yang terlatih.
Pihak berkuasa percaya ramai penonton mungkin menyaksikan insiden tersebut atau merakamkannya secara tidak sengaja melalui telefon bimbit.
Polis menyeru orang awam yang mempunyai maklumat atau rakaman untuk tampil membantu siasatan.
Walaupun insiden ini mengejutkan ramai, konsert Oasis yang dijadualkan pada malam Ahad tetap diteruskan seperti biasa.
Kumpulan Britpop ikonik itu dijangka meneruskan jelajah mereka ke Edinburgh, Amerika Syarikat, Jepun, Australia dan Brazil selepas siri persembahan di UK.
Ringkasan AI
- Mangsa berusia 40-an disahkan meninggal dunia di tempat kejadian selepas terjatuh dari tingkat atas stadium.
- Kumpulan muzik dan pengurusan Wembley menyatakan rasa sedih serta memberi sokongan kepada keluarga mangsa.
- Penonton yang menyaksikan atau merakam insiden diminta berkongsi maklumat; konsert diteruskan seperti dijadualkan.