Terkini: Kes Kematian Zara Qairina – Ikuti Perkembangan di Sini
DUNIA

Lelaki mencurigakan, bawa pelbagai senjata api ke kedai serbaneka ditahan

Astro Awani 25/03/2021 | 02:15 MYT
Lelaki berusia 22 tahun itu dikesan membawa pelbagai jenis senjata, antaranya dua raifal, peluru dan empat pucuk pistol ke premis Publix Grocery Store. -Gambar Facebook / Publix
ATLANTA: Polis menahan seorang lelaki berkelakuan mencurigakan di sebuah kedai serbaneka di Atlanta, Amerika Syarikat (AS) pada Rabu.

Lelaki berusia 22 tahun itu dikesan membawa pelbagai jenis senjata, antaranya dua raifal, peluru dan empat pucuk pistol ke premis Publix Grocery Store.

Suspek turut dikesan memakai ves kalis peluru, lapor Sputniknews.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Polis memaklumkan suspek telah menjalani penilaian mental sebelum ditahan untuk siasatan lanjut.

Tidak dapat dipastikan motif suspek membawa senjata api secara terbuka di tempat awam.

Kes bagaimanapun sedang disiasat.

Tindakan ini susulan tragedi tembakan lapan individu di tiga spa di Atlanta, Georgia juga di Boulder, Colorado di mana 10 orang terbunuh termasuk seorang anggota polis di kedai runcit King Soopers.

BACA: Tembakan rambang dalam pasar raya, 10 maut termasuk polis

BACA: 8 maut dalam insiden tembakan di tiga spa, suspek dipercayai sasar wanita Asia

#lelaki mencurigakan #pelbagai jenis senjata api #ves kalis peluru #Publix Grocery Store #tragedi tembakan #tiga spa #King Soopers