awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Gol Danial Amier bantu Kuching City tewaskan Kelantan TRW 1-0
Sepanyol lihat situasi Gaza umpama malapetaka, ulangi sokongan kepada Palestin
Tentera Laut Diraja Arab Saudi atur kedudukan di Laut Arab bagi operasi antipenyeludupan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki mengamuk dalam mahkamah, ditembak mati ketika cuba serang hakim

Astro Awani
Astro Awani
12/09/2021
02:28 MYT
Lelaki mengamuk dalam mahkamah, ditembak mati ketika cuba serang hakim
Terdahulu Vaughan dituduh dengan mengurung seorang wanita yang ditemui di pasar raya Walmat tanpa kerelaan wanita tersebut. - Gambar hiasan
SEORANG lelaki maut ditembak ketika cuba menyerang seorang hakim di sebuah mahkamah di North Carolina, Amerika Syarikat.
Christopher Thomas Vaughan dikatakan menjadi berang selepas hakim mengumumkan dia didapati bersalah ke atas tuduhan terhadapnya di Person County Courthouse pada Jumaat, memetik laporan WRAL.
Biro Siasatan North Carolina dalam satu kenyataan berkata, Vaughan turut terlibat dalam pergelutan bersama dua anggota polis dalam makhamah berkenaan dan cuba merampas senjata anggota terbabit.
Katanya lagi, Vaughan ditembak di bahagian kepala semasa pergelutan itu berlaku dan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Universiti Duke.
Salah seorang daripada dua anggota polis terbabit mengalami kecederaan patah tangan manakala seorang lagi tercedera di bahagian leher dan kepala.
Kedua-dua anggota tersebut turut dikejarkan ke hospital dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil.
Terdahulu Vaughan dituduh dengan mengurung seorang wanita yang ditemui di pasar raya Walmat tanpa kerelaan wanita tersebut.
Dia turut mempunyai beberapa rekod jenayah lampau berkaitan pecah masuk rumah dan dadah.
Topic Berkaitan
#lelaki
#ditembak mati
#mahkamah
#bersalah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan