DUNIA

Lelaki Palestin cedera dilanggar penjarah Israel ketika solat di tepi jalan Ramallah

Astro Awani 26/12/2025 | 11:45 MYT
Rakaman video kejadian yang tular menunjukkan tindakan suspek yang disifatkan sebagai pelanggaran serius terhadap kuasa yang diberikan. -Foto X
RAMALLAH: Seorang lelaki Palestin cedera selepas dilanggar pendatang haram Israel ketika menunaikan solat di tepi jalan berhampiran kampung Deir Jarir, timur laut Ramallah, Tebing Barat, semalam.


Ringkasan AI
  • Seorang lelaki Palestin cedera selepas dilanggar pendatang haram Israel ketika menunaikan solat di Tebing Barat, menyebabkan tentera Israel mengambil tindakan terhadap suspek yang disifatkan sebagai pelanggaran serius terhadap kuasa yang diberikan.
  • Mangsa yang tercedera telah dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut, sementara keadaan kesihatannya masih belum didedahkan secara rasmi kepada awam.
  • Insiden ini berlaku dalam suasana ketegangan yang semakin memuncak di Tebing Barat, dengan peningkatan serangan oleh pendatang haram Israel ke atas penduduk Palestin, termasuk serangan yang menyebabkan seorang bayi Palestin cedera, yang kemudiannya dikutuk keras oleh pihak berkuasa Palestin dan kumpulan hak asasi manusia.

Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini

Menurut laporan media tempatan dan pengesahan tentera Israel, suspek bersenjata yang juga anggota simpanan tentera terlebih dahulu melepaskan tembakan di kawasan berkenaan sebelum memandu kenderaan jenis ATV dan melanggar mangsa yang sedang sujud di bahu jalan.

Rakaman video kejadian yang tular menunjukkan tindakan suspek yang disifatkan sebagai pelanggaran serius terhadap kuasa yang diberikan.

Tentera Israel dalam kenyataan memaklumkan suspek telah ditamatkan perkhidmatan serta-merta dan senjatanya dirampas.

Media Israel melaporkan individu terbabit kini dikenakan tahanan rumah sementara siasatan lanjut dijalankan.

Mangsa yang mengalami kecederaan telah dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut. Keadaan semasa mangsa masih belum didedahkan secara rasmi.

Insiden berlaku dalam suasana ketegangan yang semakin memuncak di Tebing Barat, dengan peningkatan serangan oleh pendatang haram Israel ke atas penduduk Palestin.

Pada hari sama, lima penjarah Israel turut ditahan kerana membaling batu ke arah rumah penduduk Palestin, menyebabkan seorang bayi berusia lapan bulan cedera.

Pihak berkuasa Palestin dan kumpulan hak asasi manusia mengutuk keras serangan tersebut dan menyifatkannya sebagai sebahagian daripada pola keganasan yang semakin berleluasa oleh pendatang bersenjata di bawah perlindungan tentera Israel.



Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
  • Q: Apakah yang berlaku kepada seorang lelaki Palestin yang cedera di Deir Jarir, Tebing Barat?
    A: Lelaki Palestin itu cedera selepas dilanggar pendatang haram Israel ketika menunaikan solat di tepi jalan.
  • Q: Apakah tindakan yang diambil terhadap suspek yang melanggar lelaki Palestin tersebut?
    A: Tentera Israel mengesahkan suspek bersenjata itu telah ditamatkan perkhidmatan serta-merta, senjatanya dirampas, dan kini dikenakan tahanan rumah sementara siasatan lanjut dijalankan.
  • Q: Apa yang berlaku kepada mangsa yang cedera dalam insiden tersebut?
    A: Mangsa telah dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut, tetapi keadaan semasa mangsa masih belum didedahkan secara rasmi.
  • Q: Apakah kesan insiden ini terhadap suasana di Tebing Barat?
    A: Insiden ini berlaku dalam suasana ketegangan yang semakin memuncak di Tebing Barat, di mana terdapat peningkatan serangan oleh pendatang haram Israel ke atas penduduk Palestin.
  • Q: Siapakah yang mengutuk serangan tersebut dan bagaimana serangan itu disifatkan?
    A: Pihak berkuasa Palestin dan kumpulan hak asasi manusia mengutuk keras serangan tersebut, menyifatkannya sebagai sebahagian daripada pola keganasan yang semakin berleluasa oleh pendatang bersenjata di bawah perlindungan tentera Israel.


#Palestin #cedera dilanggar ketika solat #penjarah Israel #rempuh guna ATV