Lelaki paling tua di dunia, Masazo Nonaka, yang dilahirkan selang dua tahun selepas adik-beradik Wright berjaya dalam eksperimen penerbangan, meninggal dunia pada Ahad (20 Januari) pada usia 113 tahun, lapor media Jepun.
Menurut Rekod Dunia Guinness, Nonaka dilahirkan pada Julai 1905, iaitu hanya beberapa bulan sebelum Albert Einstein menerbitkan teori khusus tentang relativiti.
Guinness secara rasmi mengiktiraf Nonaka sebagai lelaki paling tua di dunia selepas kematian seorang warga Sepanyol, Nunez Olivera pada tahun lalu.
"Kami terkejut dengan kehilangan figura penting ini. Dia kelihatan seperti dalam keadaan biasa pada hari sebelumnya, dan dia meninggal dunia tanpa meninggalkan sebarang kesulitan buat keluarga,” ujar cucu perempuannya Yuko, kepada Kyodo News.
Nonaka yang mempunyai tujuh adik-beradik lain, berkahwin pada tahun 1931 dan dikurniakan lima orang anak.
Semasa hayatnya, dia menjalankan perniagaan rumah tumpangan di lokasi air panas di bandarnya. Laporan media tempatan menyatakan, selepas bersara, Nonaka banyak menghabiskan masa menonton acara sumo di televisyen dan menikmati manisan.
Jepun merupakan salah satu daripada negara yang merekodkan jangka hayat tertinggi selain pernah mencatatkan beberapa individu yang tersenarai sebagai manusia tertua di dunia.
Itu termasuk Jiroemon Kimura, yang memegang rekod sebagai manusia paling lama memegang gelaran manusia tertua dunia. Kimura meninggal dunia sejurus menyambut hari ulang tahun kelahiran yang ke-116 pada Jun 2013.
Manusia paling tua yang pernah direkodkan ialah Jeanne Louise Calment dari Perancis, yang meninggal dunia pada 1997 pada usia 122 tahun.
Agensi
Sun Jan 20 2019
Nonaka dilahirkan pada Julai 1905, iaitu hanya beberapa bulan sebelum Albert Einstein menerbitkan teori khusus tentang relativiti. - Reuters
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
'Doug' si kentang besar dari New Zealand tunggu pengiktirafan Guinness
Sejak penemuannya, kentang pasangan tersebut menjadi selebriti di sekitar kawasan ladang kecil mereka di Hamilton.
Lelaki paling tua di dunia hembus nafas terakhir pada usia 113 tahun
Guinness secara rasmi mengiktiraf Nonaka sebagai lelaki paling tua di dunia selepas kematian seorang warga Sepanyol, Nunez Olivera pada tahun lalu.