Lelaki tembak bas di Rusia, tiga orang awam terkorban

Astro Awani
Oktober 13, 2020 01:12 MYT
Polis mengingatkan penduduk tempatan supaya berwaspada terhadap suspek yang melepaskan tembakan terhadap sebuah bas di kampung Bolshiye Orly dalam wilayah Nizhny Novgorod, memandangkan lelaki itu bersenjata. - Foto AP
SEKURANG-kurangnya tiga orang terbunuh selepas seorang lelaki melepaskan tembakan rambang ke arah sebuah bas dan perhentian bas di Rusia pada Isnin.
Dalam kejadian di sebuah kampung di wilayah Nizhny Novgorod, kira-kira 400km timur Moscow, tiga mangsa lagi turut dilaporkan cedera, dua daripadanya kritikal.
Pada hari sama, Jawatankuasa Siasatan mendedahkan beberapa foto yang menunjukkan pihak berkuasa melakukan serbuan ke atas rumah suspek serangan.
Polis menemui tompokan darah di rumah suspek dan lesen memburu milik lelaki itu.
Susulan itu, polis melakukan operasi besar-besaran bagi memburu suspek.
Motif kejadian masih disiasat.
Namun, polis tidak menolak kemungkinan serangan ada kaitan dengan kumpulan pengganas.
#serangan #tembakan #rambang #Rusia #suspek #pengganas #diburu #Global