Lelaki tembak mati 12 ahli keluarga di Iran

Bernama
Februari 17, 2024 11:02 MYT
Menurut siasatan awal, kejadian dipercayai akibat pertengkaran. - Gambar hiasan
TEHRAN: Seorang lelaki menembak mati 12 ahli keluarganya termasuk bapa, abang dan beberapa kanak-kanak di sebuah bandar kecil di tenggara Iran pada Sabtu, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Agensi Berita IRNA melaporkan bahawa lelaki berusia 30-an itu bertindak memasuki beberapa kediaman pada Sabtu sambil membawa senapang Kalashnikov, sebelum melepaskan tembakan ke arah keluarganya.
Menurut siasatan awal, kejadian dipercayai akibat pertengkaran.
Polis kini sedang menjejaki suspek.
-- BERNAMA
#tembak mati #ahli keluarga #Iran #senapang Kalashnikov