awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Titah Adendum: AGC nafi dakwaan keputusan mahkamah kurangkan kuasa pengampunan Raja-Raja
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki tembak mati 6 individu termasuk bekas isteri di Mississippi

Agensi
Agensi
18/02/2023
09:02 MYT
Lelaki tembak mati 6 individu termasuk bekas isteri di Mississippi
Polis turut menemui dua lagi mangsa yang terbunuh di dalam sebuah kenderaan berhampiran lokasi kejadian. - Gambar/ AP
SEKURANG-KURANGNYA enam terbunuh dalam insiden tembakan di Mississippi, Amerika Syarikat pada Jumaat.
Menurut laporan agensi berita antarabangsa, kejadian tembakan itu berlaku di bandar Arkabutla, daerah Tate berhampiran wilayah Tennessee.
Suspek dikenali sebagai Richard Dale Crum, menggunakan selaras senapang patah dan dua pucuk pistol dalam tragedi berdarah itu.
Crum dikatakan telah menembak seorang lelaki yang menaiki trak di luar sebuah kedai.
Suspek kemudiannya ke rumah bekas isterinya dan menembak mati wanita itu serta mencederakan suami baharunya.
Crum kemudian dipercayai menembak mati bekas bapa mentuanya serta kakak wanita berkenaan.
Polis turut menemui dua lagi mangsa yang terbunuh di dalam sebuah kenderaan berhampiran lokasi kejadian.
Crum berjaya ditahan dan polis sedang menyiasat motif kejadian itu
Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden dan isteri turut berkabung atas kejadian yang mengorbankan enam mangsa itu serta mendoakan mangsa cedera sembuh.
Biden turut menggesa Kongres Amerika Syarikat untuk bertindak atas Akta Senjata Api di negara itu bagi menangani kejadian disifatkan sebagai 'wabak' keganasan disebabkan senjata api.
Topic Berkaitan
#Missisippi
#Amerika Syarikat
#insiden tembakan
#Joe Biden
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan