awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Bomba redah tujuh anak sungai, usung wanita cedera di Kapit
Tidak setuju dengan semua dasar Ataturk, tetapi protokol Turkiye harus dihormati - PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki tempatan dituduh bunuh, rompak pelancong Switzerland di Phuket

Bernama
Bernama
08/08/2021
14:47 MYT
Lelaki tempatan dituduh bunuh, rompak pelancong Switzerland di Phuket
Mangsa dipercayai terbunuh semasa berlaku pergelutan ketika suspek mahu merompak mangsa. - Gambar hiasa.
BANGKOK: Seorang lelaki warga tempatan dituduh merompak dan membunuh seorang pelancong Switzerland di pulau peranginan Phuket pada Khamis.
Bagaimanapun, lelaki yang merupakan penduduk peribumi Phuket berusia 27 tahun itu berkata dia hanya mahu merompak mangsa.
Pada satu sidang media oleh pihak polis, suspek yang dikenali Teerawat Thothip, menerusi panggilan telefon mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.
Menurut suspek dia masuk ke hutan pada Selasa untuk mencari anggerik liar untuk dijual tetapi tidak berhasil.
Mangsa dipercayai terbunuh semasa berlaku pergelutan ketika suspek mahu merompak mangsa.
"Saya tidak berniat untuk membunuhnya. Saya memohon maaf kepada rakyat Thailand dan keluarga pelancong itu... Saya menyesal dengan apa yang telah saya lakukan," katanya.
Pada Khamis, pelancong wanita berusia 57 tahun ditemukan mati berdekatan kawasan air terjun di pulau peranginan Phuket. Mangsa dikenali Nicole Sauvain-Weisskopf, yang tiba di pulau peranginan itu pada 13 Jun di bawah program "Phuket Sandbox".
Pada sidang media itu Ketua Polis Negara Jenerak Suwat Jangyodsuk turut mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bunuh
#pelancong
#Switzerland
#Thailand
#Phuket
#rompak
#Teerawat Thothip
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan