awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesej Krismas Raja Charles: Tekankan perpaduan dalam kepelbagaian komuniti
Turkiye tahan 115 suspek Daish rancang serangan tahun baharu
Jangan lihat kuasa pengampunan Agong daripada kaca mata politik, kehendak massa semata-mata - Pakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki terjun tingkap hotel untuk akhiri pertengkaran dengan teman wanita

Sinar Harian
Sinar Harian
28/04/2025
00:30 MYT
Lelaki terjun tingkap hotel untuk akhiri pertengkaran dengan teman wanita
Seorang lelaki mengambil keputusan ekstrem dengan terjun dari tingkap hotel untuk mengakhiri pertengkaran dengan teman wanitanya. - Foto Sinar Harian/Agensi
BEIJING: Seorang lelaki di China mengambil keputusan ekstrem dengan terjun dari tingkap hotel untuk mengakhiri pertengkaran dengan teman wanitanya.
Insiden ini menyebabkan tingkap kaca hotel itu pecah, sebelum lelaki terbabit melarikan diri dari tempat kejadian.
Rakaman kamera pengawasan yang menunjukkan tindakan lelaki tersebut kini tular di seluruh dunia.
Menurut saluran radio dan televisyen Guizhou, kejadian berlaku sekitar pukul 1 pagi (waktu tempatan) pada 16 April di tingkat satu sebuah hotel di daerah Yuhua, Changsha, wilayah Hunan.
Rakaman yang dirakam menunjukkan pasangan tersebut berdiri di tepi tingkap sambil bertengkar. Tiba-tiba, lelaki itu meletakkan beg galasnya dan terus terjun ke arah tingkap.
Walaupun terhantuk pada kaca tingkap tanpa sebarang kecederaan, lelaki tersebut berusaha sekali lagi. Wanita itu cuba menghalangnya, namun gagal. Lelaki tersebut kembali berlari ke tingkap dan terjun keluar, menyebabkan tingkap itu pecah.
Selepas jatuh dari tingkap, lelaki itu kelihatan berguling di tanah dan cuba mengambil kasut yang terjatuh. Dia kemudian terus melarikan diri dari tempat kejadian.
Menurut seorang pekerja hotel yang ditemubual oleh saluran Guizhou, pasangan tersebut telah membayar ganti rugi atas kerosakan yang berlaku. Oleh itu, pihak hotel tidak membuat laporan kepada pihak berkuasa. - Sinar Harian memetik agensi
Topic Berkaitan
#terjun
#tingkap hotel
#pertengkaran
#teman wanita
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan