[TERKINI] Ketegangan Memuncak: Iran Lancar 9 Serangan ke Atas Israel dalam 24 Jam. Ikuti laporan terkini di sini.
INTERNATIONAL

Lelaki tertua di dunia meninggal pada usia 112 tahun

Astro Awani 19/01/2022 | 02:21 MYT
Saturnino de la Fuentue berusia 112 tahun dan 341 hari ketika mendiang menghembuskan nafas terakhir. -Twitter Guinness World Records
LEON: Lelaki tertua di dunia Saturnino de la Fuente dilapor meninggal dunia di rumahnya di Leon, Sepanyol pada Selasa.
Menurut laporan Guinness World Records, de la Fuentue berusia 112 tahun dan 341 hari ketika mendiang menghembuskan nafas terakhir.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Mendiang dipercayai dilahirkan di kejiranan Puente Castro, Leon pada 11 Februari 1909.
Semasa hidup, de la Fuente merupakan seorang tukang kasut dan mula bekerja di sebuah kilang kasut sejak usia 13 tahun, memetik laporan agensi berita EFE.
Bersama isterinya Antonina, de la Fuente mempunyai tujuh anak perempuan dan seorang anak lelaki, diikuti 14 cucu dan 22 cicit.
Mendiang akan dikebumikan di Leon pada Rabu.
#Saturnino de la Fuente #lelaki paling tua #Antonina #Guinness World Records