awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki tikam jiran kerana main cinta dengan isteri

Sinar Harian
Sinar Harian
29/12/2024
00:00 MYT
Lelaki tikam jiran kerana main cinta dengan isteri
Mangsa kini sedang mendapatkan rawatan di hospital. - Foto Sinar Harian/Agensi
JAKARTA: Gara-gara sakit hati kerana jirannya bermain cinta dengan isterinya, seorang lelaki bertindak menikam jirannya itu dalam kejadian Selasa lalu.
Mangsa, M Fajar Sidik, 32, warga Kelurahan Kanginan, Kabupaten Pamekasan, Madura ditikam berkali-kali di hadapan pintu rumah suspek dikenali MH, 46, selepas dia mengunjungi rumah lelaki tersebut.
Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Polis Pamekasan, AKP Doni Setiawan berkata, suspek dipercayai menikam mangsa menggunakan sebilah pisau.
"Mangsa luka di lengan kiri dan di dada sebelah kiri.
"Siasatan awal mendapati motif kejadian berpunca daripada cemburu kerana suspek mengetahui mangsa menjalin hubungan asmara dengan isterinya," katanya kepada wartawan pada Jumaat.
Mangsa kini sedang mendapatkan rawatan susulan di hospital, sementara suspek sudah ditahan.
"Suspek berdepan hukuman maksimun penjara lima tahun dan akan didakwa di bawah undang-undang Pasal 351 Ayat (2) KUHP," tambah Doni lagi. - Sinar Harian memetik agensi
Topic Berkaitan
#tikam
#jiran
#cemburu
#hubungan asmara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan