Lelaki yang meninggal dunia di rusuhan Singapura dikenal pasti

T K Letchumy Tamboo
Disember 9, 2013 04:03 MYT
Lelaki berusia 33 tahun yang meninggal dunia di dalam satu kemalangan jalan raya di Little India semalam, telah dikenal pasti sebagai Sakthivel Kumaravelu.
Menurut laporan The Straits Times, lelaki warganegara India itu merupakan pekerja pembinaan di sebuah syarikat bernama Heng Hup Soon.
Perkara itu disahkan oleh seorang lelaki yang mengecam mayat Sakthivel di bilik mayat Hospital Besar Singapura (SGH).

#LittleIndiaRiot: Victim of road traffic accident that sparked off mob identified http://t.co/5L8aEibHTI pic.twitter.com/5ZUFNQ9MnM

— The Straits Times (@STcom) December 9, 2013
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Lelaki itu berkata keluarga Sakhtivel belum diberitahu mengenai kejadian malang itu.
Kemalangan itu mencetuskan rusuhan di kawasan Little India dimana kenderaan polis dibakar oleh ratusan pekerja warga asing.
Seramai 27 pekerja warga asing dari Asia Selatan telah ditahan ekoran peristiwa itu dan boleh dipenjarakan selama tujuh tahun dan dirotan sekiranya didapati bersalah.
#rusuhan #Sakthivel Kumaravelu #Singapura #The Straits Times