DUNIA
Lembaga Keamanan Gaza di bawah AS tawar keahlian tetap dengan bayaran AS$1 bilion
Lembaga berkenaan, bagaimanapun, tidak melibatkan mana-mana wakil daripada Pihak Berkuasa Palestin - entiti yang mentadbir sebahagian Tebing Barat dan dijangka mengambil alih pentadbiran Gaza selepas melalui proses reformasi menyeluruh. - Gambar fail
WASHINGTON: Ahli kepada Lembaga Keamanan - badan yang bakal menyelia usaha pembinaan semula Gaza di bawah pentadbiran Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump berpeluang memperoleh kerusi tetap sekiranya mereka membayar AS$1 bilion, menurut seorang pegawai Amerika.
Pegawai itu menjelaskan, semua kutipan akan disalurkan sepenuhnya untuk projek pemulihan Gaza, sambil menegaskan bahawa lembaga tersebut “tidak akan dibelenggu gaji melampau atau birokrasi pentadbiran yang berlebihan seperti yang berlaku dalam banyak organisasi antarabangsa lain.”
Menurut pegawai itu lagi, tiada kewajipan untuk mana-mana anggota menyumbang dana berkenaan.
Bagaimanapun, mereka yang tidak membuat bayaran AS$1 bilion hanya akan memegang keanggotaan selama tiga tahun, lapor CNN pada Ahad.
Lembaga yang dipengerusikan Trump itu bakal disertai bekas Perdana Menteri Britain, Tony Blair; Perdana Menteri Kanada, Mark Carney serta Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Marco Rubio.
Pemimpin beberapa negara turut mengesahkan mereka menerima jemputan Trump, yang sebelum ini menggelarkan badan itu sebagai “Lembaga paling hebat dan paling berprestij pernah diwujudkan.”
Namun, lembaga berkenaan tidak melibatkan mana-mana wakil daripada Pihak Berkuasa Palestin - entiti yang mentadbir sebahagian Tebing Barat dan dijangka mengambil alih pentadbiran Gaza selepas melalui proses reformasi menyeluruh.
Antara tokoh lain dalam lembaga itu ialah Utusan Dasar Luar Trump, Steve Witkoff; Timbalan Penasihat Keselamatan Negara, Robert Gabriel; menantu Trump, Jared Kushner; ahli perniagaan bilionair, Marc Rowan serta Presiden Bank Dunia, Ajay Banga.