ATHENS: Lembaga Keamanan yang ditubuhkan oleh Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump dijangka mengadakan pertemuan di pulau Mediterranean Cyprus minggu depan, kata pegawai Cyprus pada Rabu, lapor Agensi Akhbar Jerman (dpa).
Mesyuarat itu dijadualkan pada 30 Jun dan 1 Julai, kata jurucakap kerajaan Konstantinos Letymbiotis kepada penyiar negeri RIK.
Beliau tidak mendedahkan pihak yang akan hadir, menegaskan bahawa Cyprus tidak terlibat dalam penganjuran perhimpunan itu dan hanya berkhidmat sebagai tuan rumah.
Lembaga Keamanan dilancarkan oleh Trump awal tahun ini, bertujuan membangunkan rancangan damai untuk Gaza.
-- BERNAMA-dpa