awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lembaran baharu buat si kecil berkaki 'tin'

Agensi
Agensi
06/07/2018
22:50 MYT
Lembaran baharu buat si kecil berkaki 'tin'
Maya kini membuka lembaran baharu apabila menerima rawatan kaki palsu prostetik. - Foto Reuters
Seorang kanak-kanak perempuan Syria, Maya Merhi yang berusia lapan tahun dilahirkan tanpa sepasang kaki.
Oleh kerana kekurangan itu, hujung sendi kaki kudungnya terpaksa disarung dengan tin untuk membantunya bergerak di sekeliling kem pelarian.
Aksinya itu telah dirakam, dan beberapa hari kemudian, video yang memaparkan kepayahan Maya berjalan telah tular di media sosial.
Ternyata, perkembangan di media sosial telah membawa tuah kepada si cilik itu, apabila video tersebut membuka mata pihak yang ingin menghulurkan bantuan.
Maya dan bapanya telah diterbangkan ke Istanbul, Turki untuk bertemu pakar prostetik yang menghasilkan kaki palsu untuk mereka yang senasib dengannya.
Bagaikan satu lembaran baharu dalam hidupnya, Maya kini menjalani pemeriksaan khusus untuk memasangkan kaki palsu berkenaan ke sendinya.
Mohammed Merhi setia menemani anaknya, Maya Merhi, untuk menjalani pemeriksaan fizikal di Istanbul. - Reuters
Mohammed Merhi setia menemani anaknya, Maya Merhi, untuk menjalani pemeriksaan fizikal di Istanbul. - Reuters
Mohammed Merhi setia menemani anaknya, Maya Merhi, untuk menjalani pemeriksaan fizikal di Istanbul. - Foto Reuters
Ayahnya, Mohammed Merhi yang juga dilahirkan dalam keadaan sama, telah melarikan diri dari bandar Aleppo bersama isteri dan enam orang anak mereka, selepas tentera kerajaan memperhebatkan serangan ke atas kumpulan pemberontak.
Mereka kini meneruskan kehidupan dengan berlindung di kem pelarian di Idlib, iaitu kawasan yang menjadi kubu kumpulan penentang rejim Bashar Al-Assad.
“Kami telah menghadapi pelbagai bentuk cabaran terutamanya berpindah dari satu tempat ke satu tempat yang lain dan tinggal di dalam khemah.
“Ia bukan sesuatu perkara yang mudah. Maya tidak boleh berjalan, kami terpaksa menggunakan tin untuk melapik kakinya daripada terkena tanah,” katanya seperti yang dipetik menerusi portal antarabangsa.
Doktor kini mengharapkan Maya dapat berjalan sepenuhnya menggunakan kaki palsu itu dalam masa tiga bulan.
Topic Berkaitan
#Aleppo
#Istanbul
#kaki palsu
#kem Syria
#lapan tahun
#Maya Merhi
#pelarian
#tin
#Turki
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan