[TERKINI] Ketegangan Memuncak: Iran Lancar 9 Serangan ke Atas Israel dalam 24 Jam. Ikuti laporan terkini di sini.
INTERNATIONAL

Lembaran baharu hubungan India-Pakistan mungkin tercapai - Duta Pakistan

Bernama 21/03/2025 | 02:10 MYT
Menurut Warraich, hubungan Pakistan-India boleh memasuki fasa baharu dengan meningkatkan persefahaman, menangani kebimbangan serantau, serta menyelesaikan pertikaian lama termasuk isu Jammu dan Kashmir. - Foto X Pakistan High Commission India
NEW DELHI: Hubungan antara Pakistan dan India berpotensi memasuki era baharu meskipun dilanda pertikaian yang berlarutan sejak sekian lama, kata wakil tertinggi Pakistan di India.
Dalam seruan untuk meningkatkan kerjasama serantau, Kuasa Usaha Saad Ahmad Warraich menegaskan bahawa Asia Selatan perlu maju ke hadapan dengan keamanan yang stabil, keselamatan yang setara dan kemakmuran yang dikongsi bersama.
"Pakistan secara konsisten berusaha menjalin hubungan baik dengan negara lain berdasarkan prinsip kesaksamaan kedaulatan, saling menghormati dan hidup bersama secara aman.
"Pendekatan ini juga menjadi panduan dalam usaha kami membina hubungan damai dengan India," kata Warraich dalam ucapannya sempena majlis sambutan Hari Kebangsaan Pakistan di New Delhi pada Khamis.
"Apa yang diperlukan adalah semangat konstruktif--satu pendekatan yang mengutamakan usaha kolaboratif untuk mencari penyelesaian bersama dan bukan keputusan atau penyelesaian secara sepihak dengan paksaan. Jalan diplomasi kini lebih penting berbanding sebelumnya," katanya.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Menurut Warraich, hubungan Pakistan-India boleh memasuki fasa baharu dengan meningkatkan persefahaman, menangani kebimbangan serantau, serta menyelesaikan pertikaian lama termasuk isu Jammu dan Kashmir.
-- BERNAMA
#Pakistan-India #Saad Ahmad Warraich #Asia Selatan #Hari Kebangsaan Pakistan