Letak jawatan ketika di stesen radio

Sinar Harian
Ogos 29, 2018 01:39 MYT
Nicolas Hulot berkata beliau tidak pernah menyuarakan hasrat meletak jawatan kepada Presiden dan Perdana Menteri kerana enggan mereka memujuknya. REUTERS / Fail
Menteri Alam Sekitar Perancis, Nicolas Hulot meletak jawatan ketika sedang ke udara di radio dalam pengumuman dramatik yang turut mengejutkan Presiden Emmanuel Macron.
Bekas penyampai TV itu berkata, keputusan itu dibuat kerana kecewa selepas gagal untuk menangani isu perubahan iklim dan ancaman alam sekitar yang lain.
"Saya berasa 'keseorangan' dalam kerajaan ini. Saya mengambil keputusan paling sukar dalam hidup. Saya mengambil keputusan untuk tinggalkan kerajaan," katanya ketika di radio France Inter, pada Selasa.
Jelasnya, beliau tidak pernah menyuarakan perkara itu kepada Macron dan Perdana Menteri Edouard Philippe kerana enggan mereka memujuknya.
Beberapa pihak melihat pengunduran Hulot yang merupakan tokoh popular di Perancis bakal memberi tamparan hebat kepada Macron yang semakin kurang mendapat sokongan. - Agensi
#alam sekitar #Edouard Philippe #Emmanuel Macron #France Inter #gagal #kecewa #kerajaan #letak jawatan #Nicolas Hulot #Perancis #perubahan iklim #presiden #radio