awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agong berkenan terima menghadap Menteri Agama
Suspek tikam ibu hingga mati direman tujuh hari
Shila Amzah rai 25 tahun perjalanan seni di pentas prestij DFP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Letupan bom di Mesir: Tiga warga Vietnam, seorang pemandu pelancong terbunuh

Agensi
Agensi
28/12/2018
23:51 MYT
Letupan bom di Mesir: Tiga warga Vietnam, seorang pemandu pelancong terbunuh
Keadaan bas yang mengalami kerosakan teruk akibat terkena letupan bom di sebuah kawasan yang tidak jauh dari tapak sejarah Piramid Giza. - Reuters
Tiga pelancong Vietnam dan seorang pemandu pelancong Mesir terbunuh manakala 10 lagi cedera apabila sebutir bom diledakkan di pinggir jalan lalu terkena sebuah bas pesiaran, tidak jauh dari lokasi bersejarah Piramid Giza, pada Jumaat.
Insiden itu adalah serangan yang pertama menyasarkan pelancong di Mesir selepas setahun, setelah sektor pelancongan negara itu baru saja kembali pulih pasca serangan pengganas.
Walaupun belum ada pihak mengaku bertanggungjawab atas serangan itu, golongan militan Daish dikatakan masih aktif di negara itu dan sebelum ini pernah menyasarkan pengunjung asing.
Sekurang-kurangnya sembilan pelancong Vietnam cedera dalam kejadian, selain pemandu bas warga tempatan.
Mereka sedang dalam perjalanan ke pertunjukan audio-cahaya di tapak piramid tersebut.
Kementerian Dalam Negeri Mesir berkata, bas itu terkena letupan bom yang dipasang pada sebuah tembok sekitar jam 6.15 petang waktu tempatan.
Bahagian sisi bas berkenaan mengalami kerosakan teruk, termasuk kesemua bahagian tingkapnya pecah.
PIhak berkuasa, termasuk polis, anggota tentera dan bomba berada di lokasi untuk mengawal keadaan.
Topic Berkaitan
#Kaherah
#mangsa korban
#Mesir
#militan
#pelancong vietnam
#piramid giza
#serangan bom
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan