awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
"Kajian pilihan raya Datuk Bandar KL bukan dilakukan orang DAP" - Hannah Yeoh
JS-SEZ berpotensi jadi model pembangunan serantau, boleh diperluas ke negara jiran - Pakar
Wanita maut selepas tersangkut pada lif ski di Jepun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Letupan bom di tiga daerah Yala

Bernama
Bernama
01/01/2022
21:24 MYT
Letupan bom di tiga daerah Yala
Polis tidak tolak kemungkinan balas dendam merupakan punca kejadian letupan yang mensasarkan tiang elektrik itu. - Foto Sinar Harian/Agensi
YALA: Sambutan Ambang Tahun Baru di Yala dikejutkan dengan letupan bom namun tiada kehilangan jiwa dilaporkan.
Dalam insiden sekitar 8.45 hingga 9.15 malam (waktu tempatan) pada Jumaat, sembilan butir bom dipasang pada tiang elektrik dan telefon diletupkan.
Ketua Polis Wilayah Yala Mejar Jeneral Tinnakorn Rangmat berkata letupan itu berlaku di tiga daerah -Muang, Benang Setar dan Krong Pinang apabila penduduk tempatan mahu keluar rumah menyambut ambang Tahun Baru.
"Letupan itu telan menyebabkan kerosakan lapan tiang elektrik serta satu tiang telefon dan gangguan bekalan elektrik," katanya kepada pemberita ketika membuat tinjauan di tempat kejadian.
Beliau menambah bom buatan sendiri telah dipasang pada tiang elektrik di Jambatan Thasab yang terletak berdekatan dengan Penjara Pusat Yala di Daerah Sateng.
"Kumpulan tidak bertanggungjawab melakukan perbuatan khianat itu telah menyebabkan keadaan kucar kacir pada ambang Tahun Baru," katanya.
Beliau tidak menolak kemungkinan bahawa balas dendam merupakan punca kejadian letupan yang mensasarkan pada tiang elektrik itu.
Insiden letupan bom dan berbalas tembakan sering berlaku di selatan Thailand dengan kejadian terbaharu pada 24 Dis, di mana dua lelaki dipercayai anggota militan ditemui maut dalam satu insiden berbalas tembakan di Pattani, selatan Thailand.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bom
#yala
#letupan
#ambang tahun baru
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan